Kemalangan

Putus tangan kanan, nelayan diselamatkan Maritim Malaysia

TANJUNG MANIS, 8 Mei – Seorang nelayan putus tangan kanan selepas tersepit dalam kabel winch ketika mengendalikan peralatan bot di perairan Pulau Bruit malam semalam.

Mangsa, Mohd Rafi Abdullah, 26, berasal dari Bintangor, mengalami kecederaan parah sekitar jam 8.30 malam semasa proses mengangkat papan tunda menggunakan winch sebelum tekong bot menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis untuk bantuan kecemasan.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Mahkos anak Juing berkata, pihaknya menerima maklumat pada jam 9.45 malam dan segera mengatur gerak bot PETIR 82 ke lokasi kejadian.

Katanya dalam satu kenyataan hari ini, mangsa berjaya dipindahkan ke Jeti Terminal Penumpang Tanjung Manis sekitar jam 1.05 pagi sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Tanjung Manis menggunakan ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM).

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

shahrin

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button