Nasional

Takut mati: Akhirnya MP Bintulu mohon maaf

SELEPAS hampir lima hari mendakwa Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Noor Hisham takut mati, akhirnya Anggota Parlimen Bintulu Tiong King Sing memohon maaf.

Dalam satu kenyataan Duta Khas Perdana Menteri ke China itu berkata, permohonan maaf tersebut dibuat bagi memastikan perjalanan sidang Dewan Rakyat lancar.

“Bagi memastikan perjalanan sidang Dewan Rakyat yang lancar dan demi kepentingan serta keharmonian negara, saya membuat permohonan maaf sekiranya ada keterlanjuran kata saya ketika perbahasan Belanjawan 2021.

“Langsung tidak terdetik untuk saya menafikan amalan mulia semua barisan doktor, jururawat, frontliners termasuk ketua pengarah kesihatan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

King Sing berkata, dia tidak mahu disebabkan dirinya seluruh urusan Dewan Rakyat terganggu.

Baru-baru ini, King Sing yang juga Presiden Parti Demokratik Progesif (PDP) telah mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan Dr Noor Hisham sebagai individu ‘takut mati’ kerana dianggap tidak serius dan turun padang dalam menangani pandemik COVID-19 yang melanda negara terutama Sabah ketika ini.-SM

(Visited 174 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button