pilihan

Sering adakan busking di Bukit Bintang kini Bob & Sentuhan Band bakal mengadakan konsert

Seringkali membuat persembahan busking di tengah Kota Raya, kumpulan bandBob dan Sentuhan Band yang terkenal pada era 90-an kini bakal mengadakan konsert sempena meraikan kembara seniman di jalanan 12 tahun.

Bob dan Sentuhan Band

Konsert itu akan diadakan pada 18 November ini bertempat di Panggung Asia, Gombak.
Busking di daerah tumpuan pelancong seperti di Bukit Bintang dan berdepan kompleks beli-belah Sogo, Kuala Lumpur, ibarat sekolah terbaik Bob dalam mengasah suara dan petikan gitarnya, berkomunikasi dan menyanyi pelbagai bahasa, sekali gus meraih peminat, termasuk antarabangsa.

Bob atau nama Bob atau nama sebenarnya, Mohd Aizad Rahman berkata, konsert pada kali ini merupakan perjalanan seni dari jalanan.

“Konsert ini adalah bagi meraikan pemuzik Sentuhan yang bersama saya selama 12 tahun ini, terutama Shahrul Amri selain tanda terima kasih atas sokongan peminat yang memberi ruang kepada buskers, sekali gus membawa karya seniman jalanan pada tahap lebih tinggi.

“Ia adalah sebuah persembahan istimewa yang bakal berlangsung selama tiga jam tanpa henti dengan pemilihan lagu, termasuk karya asal daripada album Sentuhan yang jarang didengar yang banyak berkisar tentang Malaysia, jiwa dan persembahan jalanan seperti Aku Cinta Kamu dan Bukit Bintang.

“Biarpun masih mengekalkan konsep busking, muzik secara keseluruhannya cenderung kepada lagu-lagu hard rock dengan sistem bunyi, sesuai bagi sebuah konsert. Juga menarik, sesi open jamming nanti yang dibuka kepada mereka yang pernah bersama Sentuhan untuk tampil dengan persembahan spontan,” katanya.

Dianjurkan oleh RYZ Event, konsert dengan tiket serendah RM68 itu turut menampilkan bakat Singapura, Ryzal Aziz, selain penyanyi cilik, Cinta Suci Indah Urmila Zaidi yang lebih dikenali sebagai Adik Cinta. Timeless Studio sebagai penaja bersama dan Mewah Event Management, rakan strategik.

Tiket berharga RM108 (VIP), RM88 (Cat 1) dan RM68 (Cat 2) telah mula dijual di laman web www.ilassotickets.com, atau boleh hubungi hotline 011-13297822.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi Aida Husin (0122166873) atau Syaheerah (0122136873).

Artikle Berkaitan:>

Kedah larang semua konsert terbuka – Exco pelancongan

Konsert Tujuh Vibrato Gitar: 7 gitaris, satu pentas saji persembahan luar biasa

(Visited 228 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button