Politik

Putra tak mahu terkait dengan mana-mana parti

DALAM berhadapan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Parti Bumiputera Perkasa (Putra) menegaskan tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti.

Ia termasuklah parti daripada kerajaan ataupun pembangkang, sebaliknya akan berjuang sendiri berdasarkan kekuatan peringkat bahagiannya sendiri.

Hal demikian ditegaskan Putra dalam menilai strateginya untuk menghadapi PRU-15 yang dijangkanya akan berlaku pada hujung tahun ini atau awal 2021.

“Seperti telah dijelaskan oleh Biro Politik Putra pada minggu lepas kita bermesyuarat, kita membuat keputusan secara konsensus bersetuju bergerak secara sendiri.

“Tidak menyertai mana-mana blok pakatan ataupun perikatan.

“Kita sendiri ambil pendekatan untuk tidak mendekati mana-mana pihak walaupun ada desas-desus kita berjumpa dengan pihak sekian-sekian.

BACA > Irmohizam dilantik Pengerusi Majlis Penasihat Anggota Asia Pasific WTCA — Suara Merdeka

“Mengenai kawasan pula, kita akan bertanding dalam kerusi strategik yang akan diperoleh selepas pembentangan daripada ketua bahagian.”

Kata Ketua Wira Pergerakan Wira Putra, Nasrul Ali Hasan, kepada Suara Merdeka mengulas persediaan parti itu dalam menghadapi PRU-15 sekiranya Parlimen dibubar dalam masa terdekat.

Menurutnya, Putra dilihat turut bersedia di peringkat akar umbi apabila parti itu mampu menubuhkan 106 bahagian yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

“Alhamdulillah, kalau kita lihat, Putra baharu 13 bulan namun sokongan tidak kurang.

“Jadi kita melihat kenapa relevan Putra bergerak sendiri atas dasar Melayu Islam dan 10 sumpah yang dilaungkan sebelum ini.

“Ini membuatkan satu keyakinan dan juga rakyat kana terima dan suka kita,” jelasnya.

BACA > Dua portfolio exco Selangor yang kosong akan diisi sebelum akhir bulan ini-MB — Suara Merdeka

Tambah beliau, selain sokongan di peringkat akar umbi, Putra memaklumkan turut mendapat sokongan daripada ahli politik tertentu.

Katanya, sokongan diperoleh kerana parti berjuang di atas teras Melayu Islam dan itu dikatakan memberi keyakinan kepada masyarakat untuk menyokong Putra.

“Ramai ahli politik (tidak melibatkan Ahli Parlimen) yang berminat namun mereka masih belum menyatakan sebenar-benar.

“Tetapi ada yang menghubungi Presiden, Datuk Dr. Ibrahim Ali yang menyatakan sokongan dan mereka akan terus menyokong Putra.

“Objektif utama bukanlah tubuhkan kerajaan tetapi ia adalah salah satu perjuangan kita.

“Tidak perlu lagi bergantung harap kepada mana-mana parti politik sedia ada yang sudah memanipulasi banyak perkara,” ujarnya.

Terdahulu Ibrahim menegaskan Putra lebih bersasar kepada pilihan raya Parlimen bagi memastikan partinya dapat terlibat dalam penggubalan dasar.

BACA > Putra bantah TH jual aset dalam Abraj — Suara Merdeka 

Justeru beliau mengarahkan Putra untuk fokus kepada PRU yang akan datang bagi memastikan partinya mempunyai kerusi dalam Parlimen. – SM

(Visited 446 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button