Nasional

9 kematian baharu Covid-19 dilaporkan

SEMBILAN kes kematian Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) semalam.

Menurut perincian yang dikeluarkan oleh GitHub daripada jumlah itu, sebanyak dua kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Sehingga kini jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 32,043.

Sementara itu, Perak mencatatkan kes kematian iaitu sebanyak empat kes.

Ini diikuti Kedah, Melaka, Pahang, Pulau Pinang dan Selangor yang masing-masing mencatatkan satu kematian.

Tiada kes kematian dilaporkan di Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Perlis, Sabah, Sarawak, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 74,561 kes aktif Covid-19 dilaporkan termasuk 135 kes yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 81 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Manakala sebanyak 6,036 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini yang terkini ialah 2,925,254. – SM

(Visited 200 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button