Nasional

Isu Kewarganegaran tidak boleh digerakkan dengan tergesa-gesa

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), yang mewakili lebih 70 Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (CSO), mengeluarkan satu kenyataan berhubung libat urus bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertempat di Blok D1, Dewan Gemilang, Kementerian Dalam Negeri semalam, 23 Jun 2023 (Jumaat).

Isu Kewarganegaran tidak boleh digerakkan dengan tergesa-gesa

Pembela mempunyai pendirian menyokong sebarang tindakan pihak kerajaan di Parlimen untuk mengetatkan syarat kewarganegaraan tetapi hendaklah TIDAK MENGENEPIKAN prinsip-prinsip berperikemanusiaan.

Berpegang kepada prinsip Kepentingan Negara mengatasi Kepentingan Individu atau kumpulan, menyokong semua bentuk cadangan untuk menutup semua ruang kelemahan dalam soal Kewarganegaraan dari disalahguna oleh pihak-pihak berkepentingan berpegang kepada prinsip Keselamatan Negara juga mengatasi kepentingan individu atau kumpulan.

Pembela juga ingin menegur Kerajaan Perpaduan kerana mahu melakukan pindaan ini secara tergesa-gesa. Semua pihak CSO difahamkan bahawa pindaan perlu digerakkan dalam tempoh 3 bulan.

Wakil Pembela telah membangkitkan perkara ini semalam dengan menjelaskan isu Pindaan Perlembagaan yang melibatkan isu besar mengenai Kewarganegaran tidak boleh digerakkan dengan tergesa-gesa kerana akan menyebabkan berlaku lebih banyak masalah dan ketidakadilan bukan hanya kepada Negara tetapi keluarga-keluarga yang mungkin terjejas dengan tindakan ini.

Perlukan masa dan sesi libat urus yang lebih sempurna dan matang sebelum perkara ini dibawakan ke Majlis Raja-Raja dan Parlimen untuk dibentang dan dibahaskan.

Dalam masa yang pembela juga menegur tekanan yang diberikan oleh pihak-pihak CSO lain yang mendesak supaya isu kewarganegaraan untuk isu statelessness, foundlings (anak-anak terbuang) dilonggarkan tanpa mempedulikan isu kedaulatan dan keselamatan dalam negara.

Cadangan dari pihak Pembela

Pemohon hendaklah memahami kehidupan, adat resam dan kebudayaan Negara Malaysia. a. Pemohon mesti lulus ujian bertulis dan lisan sebelum pertimbangan untuk mendapat taraf kewarganegaraan diberikan. 13.

Pembatalan Perkara 1(e) di dalam Jadual Kedua Bahagian Dua Perlembagaan Persekutuan HARUSLAH DITANGANI dengan cara menyediakan satu ruang remedi tanpa kompromi kepada prinsip kedaulatan negara dan tanpa melonggarkan syarat kewarganegaraan dan memberi perhatian untuk menyelesaikan perkara berikut :

a. Isu senarai kelayakan dan kelonggaran had kelayakan Hak-Hak Pemastautin Sementara melalui kaedah pemberian MyKAS melaui Peraturan 5(3)(c) Peraturan- Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

i. Pindaan harus merangkumi solusi untuk menyelesaikan masalah pemegang MyKAS dan generasi yang lahir selepas itu serta semua bentuk permasalahan sosial yang bakal wujud dengan tindakan ini.

b. Isu kanak-kanak baru lahir yang dijumpai ditinggalkan tanpa perlindungan di dalam Jadual Kedua Bahagian 3 Perkara 19B.

Perkara 19B sebelum ini menetapkan seperti berikut : Bagi maksud Bahagian I dan II Jadual ini, mana-mana kanak-kanak baru lahir yang dijumpai ditinggalkan tanpa perlindungan di mana-mana tempat hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, telah lahir di tempat itu dan ibunya bermastautin secara tetap di tempat itu; dan jika kanak-kanak itu dikira menurut kuasa seksyen ini telah lahir sedemikian, maka tarikh dia dijumpai hendaklah dikira sebagai tarikh lahirnya.

Pembatalan Perkara 1(e) akan menyebabkan usaha pendaftaran dan kebajikan anak-anak terbuang ini lebih merumitkan kerana anggapan ibu kepada kanak-kanak yang dijumpai itu mengambil anggapan beliau merupakan pemastautin tetap yang hak untuk mendapatkan kewarganegaraan ini bakal dibatalkan oleh dengan pindaan memansuhkan Perkara 1(e) ini.

Pembela menggesa satu cadangan pindaan untuk memastikan pemansuhan pindaan Perkara 1 (e) akan mengambilkira kebajikan golongan yang termaktub di bawah perkara ini.

Selain itu pembela ingin merafak sembah cadang kepada Majlis Raja-Raja supaya menimbang teliti cadangan Kerajaan Perpaduan mengenai pindaan ini dalam pandangan supaya Kerajaan Perpaduan tidak tergesa-gesa dan menjalankan semua proses konsultasi dan libaturus sempurna sebelum dibentangkan, dibahaskan dan diluluskan di Parlimen.

Artikle berkaitan :>

Pembela Islam bantah kerajaan Madani Tarik balik rayuan kes Kalimah Allah

(Visited 132 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button