Hiburan

Puteri Balqis secantik aktres Indonesia, Vanesha Prescilla

“AQISH ke tu? Wah! Lawanya dia. Mula-mula tak cam. Bila sebut nama tu, baru perasan. Aqish rupa-rupanya.”

Mungkin itu kata-kata dan reaksi diperoleh aktres Puteri Balqish atau lebih mesra dengan panggilan Aqish.

Sekarang, Aqish yang memulakan karier lakonan di zaman kanak-kanak, kini sudah berusia 14 tahun.

Semestinya transformasi dari kanak-kanak ke remaja memperlihatkan perbezaan dan perubahan pada diri Aqish.

Apatah lagi Puteri Balqis Azizi, anak kelahiran Kuala Lumpur sudah memasuki alam remaja.

Cuma dalam usia belasan tahun, Aqish perlu berhati-hati dalam meniti perjalanan sebuah kehidupan kerana pelakon dan juga model komersial ini masih remaja dan masih mentah!

Aqish yang pernah berlakon dalam banyak drama televisyen, antaranya Gemilang, Cinta Itu Milikku, Astana Cinta Aleesa dan banyak lagi, dikatakan mirip pelakon dari Indonesia.

Pelakon itu, Vanesha Prescilla sama cantik seperti Aqish dan ramai peminat Aqish mengharap agar Aqish tidak hilang dari radar hiburan iaitu dunia seni lakon tanah air seperti yang pernah terjadi sebelum ini.

Ramai juga yang mendoakan agar kesihatan Aqish sentiasa baik dan terus diberikan tawaran berlakon oleh produser. – SM

(Visited 546 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button