Rencah Hidup

Pusat sehenti ini mahu bantu lelaki atasi ‘masalah’

ISU membabitkan kesihatan dalaman dan kejantanan golongan lelaki mungkin masih dianggap ‘taboo’ hingga kini.

Pendek kata ia banyak dipendam sendiri golongan suami khususnya hingga ramai yang menafikan permasalahan berbangkit mereka itu.

Masalah ini perlu diberi perhatian dalam memastikan keharmonian dalam sesebuah rumah tangga berkekalan. Lebih utama perasaan malu dan ego golongan terbabit harus diketepikan.

Masalah mati pucuk dan lemah tenaga batin antara yang sering dikaitkan dan berbangkit terutama lelaki yang meningkat usia. Malah saiz ukuran zakar turut dilihat menjadi penentu, hingga wujud kehadiran produk membesarkannya di pasaran.

Justeru, syarikat Suami Sihat Sdn Bhd bersungguh dan terpanggil mahu menyediakan khidmat kesihatan sehabis baik untuk  lelaki dan suami melalui perkongsian di portal SuamiSihat.com.my.

Pengasas bersama, Idham Fitriadi atau lebih mesra dengan panggilan Encik Adi berkata, dia optimis portal itu mampu mendidik ramai lagi lelaki supaya memandang serius hal berkenaan kesihatan lelaki.

Katanya, golongan lelaki di negara ini sering memandang remeh mengenai kesihatan mereka. Malah sukar untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan hingga kerap menyelesaikan masalah sendiri menggunakan produk pelik dan amalan mengarut hasil carian di internet.

“Pelbagai cara turut digunakan sebagai jalan pintas untuk mengatasi masalah itu seperti menggunakan minyak lintah, pam vakum dan suntikan silikon pada zakar.  Ada yang tahap menanam besi bebola pada zakar disebabkan terpengaruh dengan ilmu mengarut yang kononnya kaedah itu dapat memberikan kenikmatan seks yang luar biasa.

“Sebenarnya, di sebalik keghairahan ini, tanpa mereka sedar, tindakan itu mendedahkan kepada risiko yang boleh meragut nyawa. Kesannya bukan saja merubah rupa bentuk zakar malah merosakkan fungsi sebenarnya.

“Oleh itu, kami mengambil inisiatif ini dengan mewujudkan portal kesihatan dan klinik lelaki untuk membantu meningkatkan kecergasan tenaga dalaman mereka,” katanya.

Tambahnya lagi, matlamat utama ialah  menyediakan sebuah pusat sehenti bertujuan membina komuniti yang peka terhadap kesedaran kesihatan lelaki sekali gus menyangkal segala salah faham yang terjadi.

“SuamiSihat ditubuhkan sejak tahun 2016 lagi membabitkan tiga  pengasas bersama.

“Malah pihak kami kerap mengadakan sesi ‘live’ di Facebook bersama doktor dan pakar  bidang kesihatan lelaki. Ia terbuka untuk sesiapa yang mempunyai kemusykilan berkenaan topik kesihatan lelaki.

“Kita mahu jadikan kesedaran kesihatan lelaki ini, sesuatu yang seksi dan sensual,” katanya.

Jelasnya, usaha ini juga bertujuan supaya mereka lebih terbuka untuk berjumpa dengan doktor dan bukan hanya bergantung kepada petua tradisional semata-mata.

“Dalam masa  sama, kami juga mengambil kira semua persoalan pembaca untuk memastikan setiap perkongsian yang disajikan kekal relevan dan sesuai untuk keadaan semasa.

‘Layari SuamiSihat.com.my untuk mengetahui lebih lanjut atau cari laman Facebook SuamiSihat. Jangan segan, kami sedia menerima sebarang pertanyaan.

“Kami juga ada menubuhkan pergerakan komuniti yang telah disertai oleh lebih 25 ribu suami di Telegram,” katanya. -SM

(Visited 341 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button