Nasional

MOTAC luluskan 41 projek kepada Sarawak

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Pelan Ekopelancongan Kebangsaan (NEP) 2.0 telah mengenal pasti 60 kluster ekopelancongan di Malaysia yang berpotensi dibangunkan bagi merangsang ekonomi setempat.

YB Khairul Firdaus, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, berkata, Kerajaan Persekutuan melalui MOTAC telah meluluskan sebanyak RM53,802,500 bagi melaksanakan 41 projek kepada Negeri Sarawak.

“Tetapi daripada jumlah tersebut, tiada projek pelancongan dan kebudayaan yang diperuntukkan di kawasan Sungai Rajang dan lembangan Rajang. Saya mengalu-alukan cadangan Ahli Yang Berhormat dan bersedia untuk mempertimbangkan sebarang permohonan baharu selaras dengan halatuju dan keutamaan Kerajaan Negeri Sarawak melalui Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP),” katanya menjawab persoalan tentang rancangan Kerajaan memajukan Sungai Rajang dan lembangan Rajang di Sarawak. -SM

BACA JUGA : https://suaramerdeka.com.my/motac-raikan-komuniti-kraf-tempatan/

(Visited 71 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button