Politik

Altimet tak selesa dipanggil YB, perjalanan seni sudah tamat fokus pada rakyat

Bekas Penyanyi rap dan komposer, Altimet mengakui dirinya tidak selesa dipanggil Yang Berhormat atau YB selepas berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Lembah Jaya.

Altimet berjaya menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Sharifah Haslizah Syed Ariffin.

Pemilik nama sebenar Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadadad mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah memberi segala sokongan kepada dirinya selepas berjaya menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Sharifah Haslizah Syed Ariffin.

“Saya masih tidak selesa lagi dipanggil YB. Saya masih tidak selesa lagi dipanggil YB. Apapun, terima kasih atas segala sokongan diberikan. Mohon doakan saya. Banyak ujian di hadapan akan saya lalui dan saya risau tersimpang,” katanya.

Tambahnya lagi, perkara utama yang perlu dilakukan adalah melaksanakan beberapa manifesto yang telahpun di usulkan olehnya kepada warga Lembah Jaya dan akan terus berusaha dan menggembleng tenaga muda untuk sentiasa proaktif dan berdaya saing dalam era teknologi maklumat.

“Sebagai pekerja masyarakat, saya akan sentiasa berusaha dengan segala kudrat yang ada dan akan bersama-sama dengan masyarakat dalam memastikan kebajikan akan terus diperjuangkan.

“Terus menyanjung adat resam dan amalan budaya asal di kalangan masyarakat tempatan bagi memastikan amalan ini terus segar dari generasi ke generasi dan sebagai sejarah kita.

“Saya akan menggembleng tenaga muda untuk sentiasa proaktif dan mampu berdaya saing dalam era teknologi maklumat dengan melihat peluang serta potensi yang ada dan membimbing mereka membentuk karier yang betul,” katanya.

Platun lagu Kalau Aku Kaya akui perjalanan seninya dalam bidang nyanyian sudah berlalu sejak tahun 2019.

“Bagi karier seni saya, ia sudah ditamatkan pada 2019 lalu. Manakala, berhadapan pandangan sinis masyarakat pula, tiba masa saya buktikan sebaliknya dengan cara kerja yang akan dilaksanakan,” ujarnya.

Artikle Berkaitan :>

Altimet menang DUN Lembah Jaya

Rapper Altimet bakal berdepan calon dari PN

Altimet beri van untuk diubah suai jadi ambulans

(Visited 134 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button