Haiwan

Pusat perlindungan diugut buang kucing di pasar jika tak mahu ambil bela

SESETENGAH pemilik enggan mandulkan kucing kerana takut dosa, tetapi mereka sanggup buang kucing tersebut di pasar kerana tidak mampu membela kucing tersebut.

Sebuah pusat perlindungan kucing di Perlis sering menerima ugutan jika tidak terima, kucing-kucing tersebut akan dibuang ke pasar.

Perkara ini telah dikongsi di media sosial yang dimiliki oleh Zakaria Shafie berkata, segala urusan penyerahan kucing-kucing baharu di Bustana Kucing Perlis akan dihentikan buat sementara waktu kerana jumlah kucing telah mencapai kapasiti maksimum.

“Dengan jumlah kucing yang semakin hampir ke angka 2000 ekor, Bustana akan lebih menfokuskan penjagaan dan rawatan bagi kucing-kucing yang sedia ada sahaja.

“Mohon jasa baik semua untuk membantu Bustana mengurangkan jumlah kucing dengan datang ke Bustana dan ‘adopt’ kucing-kucing di bahagian sangkar utama. Kalau tak dapat bantu dengan cara ‘adopt’, doakan moga pihak Bustana dapat cari keluarga baru buat kucing disini,” tulisnya.

Zakaria turut berkata, pemilik yang mengugut ingin membuang kucing ke pasar jika Bustana tak boleh terima kucing tersebut boleh teruskan tindakan tersebut jika mampu bayar saman jika ada yang melaporkan ke pihak berkenaan.

Di ruangan komen, rata-rata mendoakan agar urusan Bustana di permudahkan dan terdapat juga neziten yang meluahkan rasa tidak puas hati kepada pemilik kucing yang sanggup buang kucing di pasar.

Untuk maklumat, individu yang ditangkap membuang haiwan peliharaan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 iaitu hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda maksimum RM100,00. -SM

(Visited 738 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button