fbpx
Nasional

Pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka ditutup gara-gara ADUN positif Covid-19

GARA-GARA seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dikatakan positif Covid-19, pusat pentadbiran kerajaan negeri di Kompleks Seri Negeri ditutup serta-merta pagi tadi.

ADUN yang pulang dari Sabah, minggu lalu itu, dikatakan telah datang ke kompleks itu semalam, selepas tempoh kuarantin tiga hari ke atasnya tamat, dua hari lalu.

Memetik laporan Berita Harian, sumber memberitahu, Jabatan Kesihatan negeri terpaksa menjemput ADUN berkenaan di kediamannya selepas mendapati hasil ujian berkenaan positif, malam tadi.

Ketika berkunjung ke Seri Negeri, ADUN berkenaan turut minum di kafetaria kompleks berkenaan.

Oleh itu pihak berkuasa mengeluarkan arahan serta merta supaya kompleks itu ditutup dan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri dipanggil untuk melakukan nyah kuman di keseluruhan komplek berkenaan.


Sementara itu, JBPM negeri telah melakukan operasi nyah cemar di Kompleks Seri Negeri, pagi tadi.

Pengarah JBPM negeri, Abu Obaidat Mohamad, berkata proses itu dilakukan selepas mendapat permintaan daripada pihak pengurusan kompleks pentadbiran negeri itu.- SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button