Ekonomi

HSBC Eropah, Amerika kurangkan 35 ribu pekerja

Bank HSBC di Eropah dan Amerika membuat keputusan untuk mengurangkan pekerjanya sehingga 35,000 orang sehingga 2022.

Keputusan tersebut dibuat sebagai sebahagian daripada pelan penstrukturan semula bank itu di Eropah bagi mengurangkan kos sehingga 3.5 bilion Pound Sterling (RM18.9 bilion).

Kelembapan ekonomi global menyebabkan pelbagai syarikat melaksana pelan rasionalisasi masing-masing termasuklah mengurangkan kakitangan.

Ketua Eksekutif Interim, HSBC, Noel Quinn berkata, syarikat kini mempunyai 235,000 pekerja dan akan mengurangkannya kepada 200,000 dalam tempoh tiga tahun.

[BACA ARTIKEL] Pengurusan ekonomi negara ibarat tikus membaiki labu — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] AS – China henti perang dagang, beri peluang ekonomi dunia berkembang — Suara Merdeka

Memetik laporan BBC.COM, beliau berkata jumlah pengurangan itu adalah diluar jangkaan. Ini kerana penganalisis terdahulu menjangkakan hanya 10,000 sahaja.

“Syarikat alami kerugian sehingga 7.3 bilion Dolar Amerika Syarikat (AS) (RM30.5 bilion) melibatkan operasi bank dan pelaburan di Eropah.

“Bagaimanapun, bank belum memutuskan bahagian yang akan terlibat. Namun, angka sehingga 200,000 akan dicapai pada 2022,” katanya.

Menurut laporan itu lagi, HSBC juga dijangka mengurangkan pegangan asetnya lebih 100 bilion Dolar AS (RM418.2 bilion) sehingga akhir tahun 2022.

Peluang ekonomi Asia Pasifik

Sementara itu, Pakar Hal Ehwal Ekonomi dan Strategik China, Dr. Shirley Yu, menyatakan HSBC menerima impak tersebut apabila Ketua Eksekutifnya, John Flint meletakkan jawatan.

Menurutnya, Ketua Eksekutif bank itu di China turut meletakkan jawatan pada Ogos lepas selepas dipercayai mempunyai kaitan dengan transaksi Huawei.

Dalam pada itu, Shirley turut membayangkan kedudukan ekonomi global sekarang dan impak sama dihadapi oleh syarikat multi-nasional (MNC) yang lain.

“Struktur risiko global kini semakin meningkat, pasaran baharu dan lama menghampiri kegawatan. Malah, pasaran yang baharu kini berisiko tinggi,” ujarnya.

[BACA ARTIKEL] Kerajaan baharu rancang pakej ransangan ekonomi — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Koronavirus tidak beri implikasi kepada ekonomi Malaysia setakat ini – Azmin — Suara Merdeka

Selain itu, beliau turut mencadangkan supaya pasaran barat beralih fokus kepada timur berdasarkan perkembangan ekonomi di Asia Pasifik.

“Peningkatan pengeluaran di Asia Pasifik mengalami peningkatan dan dijangka berterusan dalam tempoh jangka panjang.

“Justeru syarikat antarabangsa mesti mengubah haluan mereka dan menfokuskan kepada pasaran di Timur,” jelasnya.

Tambah Shirley lagi, China kini mempunyai kelebihan dalam risiko dan peluang strategik.

“China mempunyai peluang dan risiko strategik. Justeru, kerjasama syarikat global dengan China adalah peluang terbaik mereka,” katanya. – SM

(Visited 144 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button