pilihanPolitik

Warga Twitter undi PH tidak mahu dilabel #RakyatGagal, mahu Anwar jadi PM!

Majoriti warga Twitter menzahirkan rasa kesal apabila puluhan ribu rakyat Malaysia yang tidak mengundi Pakatan Harapan (PH) yang di dalamnya dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP).

Hal ini demikian biar pun mendapat 82 kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), PH tetap gagal membentuk Kerajaan seperti yang diimpikan apabila Perikatan Nasional (PN) memberikan saingan sengit.

PRU15 menyaksikan fenomena luar biasa apabila PH seperti mula tunjuk taring apabila dikejar PN namun Barisan Nasional (BN) yang diketuai Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kecundang dengan sangat teruk.

Bagi @mickael03, dia cuma mampu berharap PH tidak mengkhianati para pengundi dengan membuat keputusan untuk bergabung dengan BN semata-mata kerana kuasa.

“Kita undi PH sebab target nak bagi Anwar naik jadi Perdana Menteri (PM). Bukannya nak tengok PH gabung dengan parti rasuah (BN) atau geng Kerajaan ‘tebuk atap’ (PN),” katanya.

@norlidax_ pula berharap, Zahid yang menang tipis di Bagan Datuk tidak membuat pakatan sulit dengan Anwar kerana majoriti rakyat Malaysia di Twitter benci akan Zahid.

“Aku takkan maafkan Anwar kalau tiba-tiba PH gabung dengan BN sebab ada Zahid. Dulu bukan main asyik nafi pasal gagasan baharu dan kalau hari ini terjadi, PRU15 memang musibat.

“Mak aku nak seru kepada seluruh warga Twitter untuk naikkan semula #KerajaanGagal untuk rakyat kenang bahawa kita langsung tak bersetuju dengan Kerajaan ‘tebuk atap’,” tegasnya.

Sementara itu, @karlzam secara sinis menemplak warga Twitter yang majoriti terdiri dalam kalangan pengundi kali pertama dan mereka yang kuat menjunjung visi dan misi PH.

“Eloklah.. dalam keadaan macam ni, semua dok throwback balik #KerajaanGagal dan sebagainya. Padahal dia lupa yang dia sebenarnya tergolong dalam kalangan #RakyatGagal,” katanya.

(Visited 294 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button