Nasional

200 mahasiswa UPSI tunai Qiamullail Perdana 

Sempena Ramadan yang semakin berakhir, 200 orang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyertai Program Qiamullail Perdana yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Pusat Islam serta barisan Majlis Mahasiswa Kolej Kediaman (MMK) di Masjid Al-Mursyidin, Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Jumaat lalu.

Pengarah Program, Muhammad Afiq Ikhmal Suhaimi berkata melalui Program Qiamullail Perdana ini juga dapat meningkatkan rasa keimanan dan meningkatkan amalan demi meraih ganjaran dan ketakwaan kepadaNya. Secara tidak langsung, MPP juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim bersama MMK.

Mahasiswa menunaikan solat semasa program Qiyamullail Perdana di Masjid Al-Mursyidin.

Program yang bermula seawal jam 3.00 pagi sehingga 6.30 pagi itu, katanya, memberi peluang kepada mahasiswa UPSI untuk mengimarahkan Ramadan serta menghidupkan 10 malam terakhir di bulan Ramadan yang mulia.

Mahasiswa dan kakitangan UPSI memilih juadah semasa bersahur

Katanya, Qiyammullail Perdana itu diketuai oleh imam masjid Al-Mursyidin, Ustaz Muhammad Majdan Ismail.

Mahasiswa bersahur bersama rakan-rakan selepas tamat Qiyamullail Perdana.

Sebelum program bermula, katanya, MPP dan MMK berkumpul di perkarangan masjid pada jam 3.00 pagi bagi persediaan untuk mengejutkan semua penghuni di setiap kolej kediaman iaitu Kolej Harun Aminurrashid, Kolej Aminuddin Baki, Kolej Za’ba, Kolej Ungku Omar serta Kolej Awang Had Salleh sehingga jam 4.00 pagi.

“MPP juga mengambil inisiatif untuk menyediakan bas bagi memudahkan pergerakan pelajar yang berada di luar kampus untuk turut serta menghadiri Qiamullail Perdana dan dibantu oleh Majlis Mahasiswa Kediaman Luar Kampus.

Qiamullail Perdana ini telah diakhiri dengan juadah sahur yang disediakan oleh pihak Pusat Islam serta solat subuh secara berjemaah. -SM

(Visited 81 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button