Nasional

Satu kes Covid-19 dilaporkan hadir himpunan 10,000 tabligh di Masjid Sri Petaling

International Health Regulations (IHR) Focal Point (FP) Brunei melaporkan satu kes positif Covid-19 dikesan ada kaitan dengan perhimpunan 10,000 ahli jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.

Perhimpunan tersebut membabitkan ahli jemaah dari pelbagai negara dan separuh atau kira-kira 5,000 daripada ahli jemaah tersebut dipercayai rakyat Malaysia

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah,berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengarahkan semua Jabatan Kesihatan Negeri menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara itu di negeri masing-masing.

“Kes berkenaan dilaporkan mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari 2020 hingga 1 Mac 2020.

“Berdasarkan maklumat awal, perhimpunan tabligh ini membabitkan anggaran sejumlah 10,000 orang dari beberapa buah negara termasuk Malaysia,” kata beliau dalam kenyataan pada Rabu.

Kementerian Kesihatan Brunei sebelum ini mengesahkan bahawa kes pertama membabitkan COVID-19 di negara itu pada 9 Mac lalu.

Individu tersebut dipercayai telah menghadiri satu majlis keagamaan yang dianjurkan di Malaysia.

Sementara itu 20 kes baru jangkitan Covid-19 dikesan hari ini menjadikan keseluruhan kes postif Covid-19 adalah seramai 145 orang.

Dua kes dilaporkan berada di Unit Rawatan Rapi dan memerlukan bantuan alat pernafasan tetapi dalam keadaan stabil.

Manakala kes ke-78 telah pulih dan dibenarkan discaj. Ini menjadikan 26 kes telah pulih sepenuhnya setakat ini dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad.-SM

(Visited 955 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button