BeritaPendidikan

Pusat Kecekapan Industri untuk Data Raya dan Data Rantai Malaysia ditubuhkan

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan menubuhkan Pusat Kecekapan Data Raya (Big Data) dan Data Rantai (Blockchain) negara bagi menggalakkan pertumbuhan lebih pesat industri itu para tahun hadapan.

Pusat tersebut yang bakal beroperasi di Cyberjaya dengan dikendalikan oleh pakar-pakar daripada Universiti Multimedia (MMU).

Presiden MMU Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Rafi Mohamed Eshaq berkata, keputusan MDEC pada minggu lepas untuk melantik MMU bagi membangunkan pusat tersebut dianggap satu penghormatan kepada universiti itu.

“Bagi kami keputusan MDEC itu adalah tepat kerana MMU sememangnya sudah lama memiliki kepakaran dan kemudahan makmal untuk membangunkan pusat ini yang bertaraf nasional. Kami mempunyai kumpulan yang kuat dalam penyelidikan dan juga latihan untuk pihak industry,” katanya kepada media semasa majlis makan tengahari di Hotel Sheraton Petaling Jaya baru-baru ini.

Prof Rafi berkata, pusat tersebut akan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan untuk melakukan penyelidikan, kelas pakar, latihan dan sebagainya.

Bagaimanapun, beliau berkata, perincian tentang kos dan peruntukan pusat tersebut masih belum dimuktamadkan dan ia tertakluk kepada keputusan MDEC sendiri.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, Prof. Rafi memberitahu tentang pelbagai kejayaan yang diterima oleh MMU sepanjang 2019 sebelum masuk ke tahun baharu 2020.

Antara pencapaian yang memberangsangkan ialah tiga pelajar MMU bakal mewakili Malaysia pada SEA Games di Filipina mulai 30 November 2019. Mereka adalah Tan Li Ting dalam sukan catur, Pavinya Ramachandran (hoki air) dan Nurul Azurin Mazlan (penjaga gol bolasepak wanita).

(Visited 119 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button