NasionalNegeri

Pusat Jagaan Rumah Hembusan Kasih perlukan van terpakai

Menempatkan anak-anak asnaf

MAKANAN dan tempat tinggal amat penting bagi menjamin kanak-kanak yang tinggal di rumah perlindungan berada dalam keadaan sihat dan selamat tetapi beberapa keperluan sampingan lain seperti  kenderaan turut menjadi keutamaan supaya kemudahan untuk bergerak dengan lebih selesa.

Sehubungan itu, Pusat Jagaan Rumah Hembusan Kasih (PJRHK) berharap jika ada pihak yang sudi menyumbangkan van terpakai.

“Kereta memang ada, tetapi semakin uzur dan apabila kerap kali masuk bengkel pun melibatkan perbelanjaan juga,” kata Ummu Ainatul Mardhiah Ali Hassan, 29,  Pengurus di pusat jagaan ini.

Katanya, setakat ini dengan sebiji kereta yang ada itu digunakan untuk membawa kanak-kanak secara berulang-alik jika keluar untuk memenuhi jemputan dan sebagainya.

Ainatul berkata, sehingga kini terdapat 33 kanak-kanak iaitu 19 lelaki dan 14 perempuan yang berumur 4, 5 dan 6 tahun.

“Kanak-kanak ini terdiri daripada asnaf zakat, anak Orang Kurang Upaya (OKU) dan fakir miskin dari Perlis dan Kedah,” katanya.

Beliau berkata, pusat jagaan itu terletak di No. 1, Jalan Satu, Taman Ismail Shaik, Jalan Rani Estate,  Arau, Perlis sejak tahun 2018.

Katanya lagi, sebelum ini pusat jagaan berkenaan beroperasi di Kubang Gajah, Arau mulai 2016.

Tiga buah rumah telah disewa iaitu sebuah untuk menempatkan kanak-kanak lelaki, sebuah untuk kanak-kanak perempuan dan sebuah lagi dijadikan tadika, ujar beliau.

Kanak-kanak yang tinggal di Pusat Jagaan Rumah Hembusan Kasih belajar di tadika yang disediakan,.

“Saya dan tiga lagi pembantu mengajar kanak-kanak ini kerana masing-masing mempunyai pengalaman bekerja di tadika,” jelasnya.

Beliau berkata, pihaknya juga mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk menampung keperluan harian pusat jagaan ini.

Katanya, antara barang keperluan harian kanak-kanak ini susu, vitamin, lampin pakai buang dan juga barang mainan.

Selain itu, katanya, kanak-kanak di sini diberikan makan enam kali sehari.

“Pusat jagaan ini juga menerima zakat peribadi, zakat harta,zakat perniagaan dan fidya,” katanya.

Sebahagian kanak-kanak lelaki dan perempuan belajar di tadika yang disediakan di Pusat Jagaan Rumah Hembusan Kasih di Arau, Perlis.

Tambahnya, fidyah atau sumbangan zakat berbentuk cek atau online boleh disalurkan kepada PJRHK iaitu

RUMAH HEMBUSAN KASIH

BANK ISLAM : 09010010051019

Katanya, sumbangan melebihi RM1,000 akan layak mendapat resit pelepasan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). – SM

(Visited 1,041 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button