Hiburan

Punca Harith Iskandar batal persembahan kerana terima ancaman bunuh

PELAWAK terkenal tanah air, Harith Iskander, terpaksa membatalkan persembahan beliau di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada saat akhir susulan ancaman keselamatan yang diterima baru-baru ini.

Bekas isteri Harith, Dr. Jezamine, memaklumkan melalui perkongsian di Instagram bahawa keputusan tersebut adalah langkah terbaik demi keselamatan keluarga mereka, walaupun ia sangat mengecewakan.

Menurut Dr. Jezamine, beliau dan anak-anak mereka telah menerima ancaman bunuh daripada pihak tidak bertanggungjawab, dipercayai akibat kontroversi yang sedang hangat diperkatakan di media sosial.

”Saya menerima ancaman bunuh yang ditujukan kepada saya. Namun, apa yang lebih menyayat hati adalah ancaman keji terhadap anak-anak kami. Mengancam keselamatan kanak-kanak yang tidak bersalah melampaui segala batas. Ia tindakan hina, pengecut, dan tidak berperikemanusiaan, jelasnya.

Beliau turut mengesahkan bahawa laporan polis telah dibuat berhubung perkara itu.

Dr. Jezamine juga menyatakan rasa kecewa kerana pembatalan tersebut menjejaskan usaha keras Harith yang telah berbulan-bulan membuat persiapan untuk persembahan itu.

”Anak kami, Zander dan Zydane, juga sepatutnya menjadi sebahagian daripada pembukaan persembahan tersebut. Melihat persiapan ini terpaksa dihentikan amat menyedihkan kami semua”. katanya lagi.

Beliau turut meluahkan rasa sedih terhadap mentaliti sesetengah pihak yang sanggup mengancam dan menulis kebencian hanya kerana perbezaan pendapat.

“Saya diajar bahawa Allah S.W.T menggalakkan umat Islam untuk berbuat baik kepada semua, tanpa mengira status atau latar belakang mereka. Kebaikan mencerminkan sifat pengasih Allah yang sebenar” Tulisnya.

 

Terdahulu, Harith Iskander menjadi perhatian selepas memuat naik satu hantaran di Facebook berkaitan isu sebutan ‘Hem’.

Hal ini menimbulkan salah faham di kalangan netizen apabila ia dikaitkan dengan nama Nabi Muhammad SAW, sehingga mencetuskan kecaman meluas di media sosial.

Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan kenyataan bahawa selebriti itu akan dipanggil untuk siasatan lanjut.

Dalam keadaan ini, keputusan untuk membatalkan persembahan di DFP adalah langkah wajar untuk melindungi keselamatan semua pihak yang terlibat, khususnya keluarga Harith Iskander.

Persembahan yang sepatutnya menjadi acara kemuncak kini bertukar menjadi peringatan tentang pentingnya menjaga keselamatan dan sensitiviti dalam interaksi di dunia maya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button