NasionalTravel

Pulau Nangka: Ada Waris Yang Boleh Buka Pintu Masuk Tetapi Kerajaan Tak Pandang!

Pulau Nangka di Melaka dikatakan memiliki beratus-ratus tan harta karun dipercayai milik sultan terakhir Melaka, Sultan Mahmud Shah.

Selain ditanam di pulau kecil itu, cerita tempatan mendakwa kesemua harta tersebut berpenunggu dan tidak dapat dibawa keluar sesuka hati.

Kata Pengerusi Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyong (Pesawad), Khalid Hussin kepada Utusan Malaysia, Pulau Nangka itu ada pintu masuk dan keluarnya.

“Tetapi laluan itu hanya boleh dibuka oleh waris-waris sahaja namun malangnya kerajaan yang ada hari ini bukannya pandang perkara ini.

“Sebab itulah harta karun itu kekal di sana dan tiada sesiapa menemuinya walaupun ada syarikat dilantik untuk membuat pencarian,” katanya.


Khalid berkata demikian mengulas dakwaan harta karun di Pulau Nangka bukanlah dongeng dan sejarah Melaka dipandang sepi kerajaan semasa.

Mengulas lanjut tentang lokasi itu, Pulau Nangka dikatakan pernah menjadi kawasan perbendaharaan ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka.

“Sehubungan itu harta karun yang ada dianggarkan bernilai trilion ringgit namun usaha membawa keluar harta berkenaan tidak berjaya.

“Jika ada yang berjaya pun, perbuatan itu hanya bawa padah kerana terdapat kes individu maut selepas bawa pulang syiling lama dari sebuah gua di situ,” katanya.

(Visited 128 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button