Nasionalpilihan

Pulanglah dengan cara baik Muhammad Sajjad..

PULANGLAH secara baik untuk memudahkan urusan pendakwaan kerana ini bukanlah satu kes yang besar.

Itu nasihat yang diberikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan terhadap usahawan, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat.

Menurut Abd Jalil, pihaknya juga kini sedang berhubung dengan pihak berkuasa di Thailand untuk membawa pulang usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali sebagai Nur Sajat untuk dibawa pulang ke Malaysia.

“Kita juga sedang bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Luar berkenaan urusan tersebut.

“Semua ini adalah bertujuan untuk membolehkan kita membawa dia pulang ke negara mengikut saluran undang-undang antarabangsa.

“Berdasarkan maklumat kita terima Muhammad Sajjad memaklumkan kepada pihak berkuasa Thailand bahawa dirinya adalah pelarian selepas memiliki kad Suruhanjaya Pelarian Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR),” katanya.

Semalam, Abd Jalil mengesahkan usawahan itu kini ditahan oleh pihak Imigresen Thailand pada 8 September lalu kira-kira pukul 6 petang atas kesalahan memiliki pasport yang tidak sah.

Nur Sajat sebelum ini telah melarikan diri selepas diburu pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan. -SM

(Visited 254 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button