Nasional

UPSI terima sumbangan enjin Proton X70 untuk kegunaan pelajar FTV

BERSEMPENA dengan Sambutan Ulangtahun ke-40 PROTON, Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI) hari ini menerima sumbangan sebuah enjin Proton X70 daripada Proton Group untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran pelajar.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata “mock card” untuk tajaan enjin Proton X70 diterima pada majlis sempena program Fun Ride 2023 yang diadakan di Stadium Proton, Kompleks Sukan Proton, Proton City hari ini.

Md Amin menerima “mock card” yang disampaikan oleh Chang Lih Kang sebagai simbolik penajaan oleh Proton Group sambil disaksikan Dr Li ChunRong (kiri) dan Salina (dua dari kanan).

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Proton Group dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Group, Dr Li ChunRong atas tajaan enjin itu,” katanya.
Hadir sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga Ali Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang dan Ahli Dewan Undangan Behrang, Salina Samsudin.

Beliau berkata dengan adanya usahasama erat ini akan menyemarakkan lagi industri automotif di Daerah Muallim.

“InSya-Allah, kami akan aturkan lawatan kakitangan pengurusan Proton Group ke UPSI untuk meneroka potensi kerjasama masa hadapan yang lebih meluas,” katanya.
Sementara itu Dekan FTV, Dr Mohd Azlan Mohammad Husain pelajar FTV akan menggunakan enjin berkenaan semasa mengikuti kelas.

Menurut beliau ia bakal dimanfaatkan untuk tujuan pembelajaran pelajar-pelajar FTV bagi membolehkan mereka mempelajari sistem dan teknologi terkini kereta-kereta keluaran Proton.

Katanya, ia akan digunakan oleh pelajar di bawah FTV yang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Rekabentuk dan Teknologi serta Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Rekacipta. -SM

Baca : Belanjawan 2024: Kerajaan digesa beri tumpuan kepada pembangunan madrasah, maahad tahfiz

(Visited 59 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button