Politik

Pukul 5 petang boleh tahu siapa menang PRN Melaka

19 November 2021,

Bandar Hilir, Melaka.

1. Setelah berkampung 7 hari di Bandar Hilir, akhirnya esok hari mengundi di Negeri Melaka.

20 November Sabtu ini, menentukan Landskap Politik baru Negeri Melaka.

2. Samada Rakyat Negeri Melaka mahukan *Satu Perubahan* atau *Kekal dengan yang lama.*

Pelbagai Forecast, Jangkaan dan Analisa di buat oleh pelbagai pihak tentang jumlah kerusi yang akan di menangi oleh UMNO, BN, PN dan PH.

3. Yang paling pasti, semua pihak bersetuju, Parti Gerakan dan MCA tidak akan menang sebarang kerusi.

Setuju, DAP akan menang 5 kerusi DUN majoriti Cina.

4. Kajian dari Ilham Centre menyatakan bahawa BN selesa di 11 kerusi, Pakatan Harapan di 7 kerusi dan 10 lagi kerusi sukar untuk di baca.

5. Dari awal lagi, Penulis merasakan Pilihanraya Umum di Negeri Melaka ini merupakan pertembungan yang amat sengit antara BN, PH dan PN.

Dan PRN Melaka ini juga merupakan satu PRN yang paling sukar untuk di ramal kerana SOP yang ketat, serta parti-parti politik terbatas dari mengadakan kempen besar-besaran secara terbuka.

6. Akhirnya, setelah analisa menyeluruh di lakukan, saya berpandangan *Peratus Keluar Mengundi* pada esok hari, akan jadi penentu kpd. Parti mana akan beroleh kejayaan yang cemerlang di dalam Pilihanraya Umum Negeri Melaka.

*FORECAST HARI TERAKHIR :*

7. SPR menjangkakan Peratus Keluar Mengundi esok akan berada pada tahap 72% peratus.

PRU 14, Jumlah peratus mengundi ialah 83% peratus.

Merdeka Centre menjangkakan peratus mengundi pada tahap 70% peratus.

8. Saya menjangkakan Peratus Keluar Mengundi pada tahap 67% – 69% peratus sahaja. Jauh lebih rendah daripada PRU ke 14, tiga tahun 6 bulan yang lalu.

*SEKIRANYA PERATUS KELUAR MENGUNDI 75% – 80% PERATUS.*

*BARISAN NASIONAL DI JANGKA AKAN MENANG :*
9 – 10 kerusi.

*PERIKATAN NASIONAL DI JANGKA AKAN MENANG :*
7 – 8 kerusi.

*PAKATAN HARAPAN DI JANGKA AKAN MENANG :*
10 – 12 kerusi.

9. Ini akan menyebabkan tidak ada satu Gabungan Parti politik boleh menubuhkan Kerajaan baru Negeri Melaka secara bersendirian. Perlukan gabungan samada BN + PN atau BN + PH.

Gabungan BN + PH, akan melakar sejarah baru politik negara dengan permulaan *Jajaran Baru Politik Negara.*

10. Yang amat jelas, PRN Melaka ini, tidak ada musuh selama-lamanya. *NO PERMANENT ENERMY.* No permanent friends.

*SEKIRANYA PERATUS KELUAR MENGUNDI JATUH KEPADA 65% – 68% PERATUS.*

*BARISAN NASIONAL DI JANGKA AKAN MENANG :*
15 kerusi,
Dan boleh memerintah secara bersendirian.

*PERIKATAN NASIONAL DI JANGKA AKAN MENANG :*
4 atau 5 kerusi.

*PAKATAN HARAPAN DI JANGKA AKAN MENANG :*
8 kerusi.

11. Kedudukan Barisan Nasional akan lebih kukuh sekiranya peratus keluar mengundi berada di paras yang rendah kerana Negeri Melaka satu ketika dahulu merupakan kubu kuat UMNO. Paling tidak 30% pengundi-pengundi di sini merupakan penyokong tegar UMNO.

Hanya 70% sahaja lagi pengundi atas pagar, orang tidak berparti dan penyokong parti lain.

12. Perikatan Nasional amat mengharapkan pengundi atas pagar dan atas popularity Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PN mengharapkan peratus mengundi keluar esok akan naik melepasi paras 70% peratus.

13. Inilah kedudukan terkini Pilihanraya Umum Negeri Melaka.

Kempen Pilihanraya tamat tepat jam 12 tengah malam ini. Esok pagi, pengundian bermula.

14. Akhirnya, setelah segala-gala usaha di lakukan, segala-galanya berserah kepada kuasa Allah swt yang menentukan, yang akan mengerakkan hati pengundi-pengundi Negeri Melaka untuk keluar mengundi atau tidak pada esok hari ?

Mengerakkan Naluri hati Rakyat Negeri Melaka untuk mengundi dan menyokong parti yang mana satu ?

 

The Writer, DATO’ SAIFUL BAHAR, former Principal Private Secretary to the Minister of Entrepreneur and Cooperative Development (2008-2009) and former Principal Private Secretary to the Minister of Agriculture (2009-2013).

Was the former Special Advisor to the Minister of Plantation Industries & Commodities (2016-2018).

He is a Political and Policy Analysts. Study the development of political systems, research various political subjects, including foreign relations, policies and idealogies, and collect and analyze data in order to forecast and understand political trends.

(Visited 601 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button