Politik

Puad Zarkashi minta Peguam Negara letak jawatan

HARI ini, Puad Zarkashi minta Peguam Negara meletakkan jawatan kerana tular di media sosial surat daripada Pejabat Jabatan Peguam Negara meminta Hakim yang mendengar kes Datuk Seri Zahid Hamidi iaitu Colin Lawrence Sequerah mempercepatkan Kes Zahid Hamidi daripada Kes 1MDB.

2. Puad tuduh, surat ini menunjukkan Peguam Negara cuba mencampuri urusan Mahkamah.

Membuktikan ujud konspirasi, dendam dan ada niat jahat. Kerana ada niat jahat mahu mempercepatkan proses menghantar Zahid ke penjara.

3. Saya terpanggil untuk menjawab tuduhan-tuduhan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor ini.

4. Yang pertama, difahamkan Peguam Gopal Sri Ram yang memohon pejabat Peguam Negara mempercepatkan Kes Zahid Hamidi.


Kedua, permohonan ini perkara biasa didalam Sistem Kehakiman dan Mahkamhan kerana Hakim Colin Lawrence Sequerah mendengar kedua-dua Kes iaitu Kes Zahid dan Kes 1MDB.

5. Ketiga, permohonan ini dibuat bukan kerana ada niat jahat atau konspirasi seperti tuduhan Puad Zarkasi yang tidak tahu proses undang-undang.

Permohonan ini dibuat kerana:

Kes Zahid berada di peringkat pembelaan, manakala Kes 1MDB berada di peringkat Pendakwaan.

Sudah tentu, Kes diperingkat pembelaan seharusnya diberi ke utamaan.

6. Keempat, yang Puad kelam-kabut, claim surat ini bocor la. Surat ini berniat jahat la. Buat apa ?

Semuanya bertujuan untuk sensasikan tuduhan-tuduhan Puad yang penuh dengan pembohongan.

7. Surat darpada DPP ini, dihantar kepada Setiausaha Hakim Colin Sequerah, dengan salinannya diberi kepada pasukan peguam Zahid.

Tiada Konspirasi. Tiada Niat Jahat. Speaker.

8. Terkini, Hakim Colin Lawrence Sequerah membuat kenyataan :

Tiada Orang Boleh Menentukan Kes Apa Yang Perlu Diberi Ke Utamaan Dalam Mahkamah Ini.

9. Susulan dengan kenyataan Hakim ini, Timbalan Pendakwa Raya, menarik balik surat tersebut.

Dan perkara ini dianggap selesai. – SM

(Visited 166 times, 2 visits today)

Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button