Politik

Puad Zarkashi bidas Khairy Jamaluddin sifatkan Tun M “ultra Melayu”

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Puad Zarkashi membidas kenyataan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai “ultra Melayu”.

Puad berkata, hakikatnya rakyat tahu “kejujuran” perjuangan Melayu bekas perdana menteri itu tidak lagi efektif dan beliau yakin orang Melayu tidak lagi peduli dengan keikhlasan perjuangan Mahathir.

“Masa anda (Mahathir) sudah berakhir,” kata Puad di Facebook akaun beliau.

“Saya yakin rakyat tidak lagi mempedulikan Tun M jujur atau tidak jujur. Sejujurnya mereka yakin kejujuran perjuangan Melayu Tun M tidak lagi efektif,” katanya.

Puad secara sinis berkata, rakyat sebaliknya lebih berminat untuk mengetahui apakah agenda perjuangan Melayu Khairy.

Pada Selasa lalu, Khairy berkata, beliau percaya Mahathir jujur dalam perjuangannya untuk orang Melayu dan telah dikenali sebagai “ultra Melayu” sejak sekian lama.

“Selagi ada nyawa, Mahathir akan memperjuangkan isu ini,” katanya dalam rancangan audio siar “Keluar Sekejap” yang dikendalikannya bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.

“Sebab itu beliau menulis buku Dilema Melayu, (beliau) bapa nasionalis politik Melayu. (Beliau) ultra,” katanya. – SM

BACA Khairy Jamaluddin tukar profession, buat pusingan 180 darjah

 

(Visited 239 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button