Rencah Hidup

PU Riz bantu 166 OKU di PPR Setapak

Pendakwah bebas dan selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz meneruskan misi bantuan dengan menyerahkan sumbangan kepada 166 golongan orang kurang upaya (OKU) di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Setapak, di sini, pada Jumaat lalu.

PU Riz, 26, berkata, misi bantuan itu adalah program yang dijalankan pada setiap Jumaat yang memberi fokus kepada golongan atau individu yang kurang bernasib baik dan memerlukan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur program misi bantuan ini dipermudahkan Allah SWT. Dari awal program ini dirancang, saya bersama pasukan menysarkan golongan yang betul-betul memerlukan.

“Apatah lagi dalam keadaan negara yang masih dilanda pandemik menyaksikan ramai orang terjejas dari segi sumber pendapatan. Disebabkan itu, misi ini diharap dapat memberi manfaat kepada mereka.

“Saya percaya, jika kita memudahkan urusan orang lain, Allah pasti memudahkan urusan kita juga, insya-Allah. Jadi, sedikit sebanyak sumbangan yang diberikan juga dapat meringankan beban ditanggung,” katanya.

Sebelum ini, menerusi misi sama Riz dan pasukan menyerahkan sumbangan kepada 100 pemandu dan ‘rider’ penghantar makanan.

Sumbangan berupa barangan keperluan asas harian seperti minyak masak, sardin, Milo, roti, susu manis dan sedikit wang tunai.

“Alhamdulillah, misi kali ini turut mendapat kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Pusat Perubatan KPJ Damansara dam Persatuan Orang Kurang Upaya (OKU) Penduduk PPR.

“Seperti yang saya selalu sampaikan, rezeki yang ada tidak salah jika kita kongsi bersama. Paling penting, menjadi tanggungjawab bersama untuk kita saling membantu. Insya-Allah, kita akan cuba tolong selagi mana termampu,” katanya. -SM

(Visited 210 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button