fbpx
Ekonomi

PTTI tawar 10000 tiket percuma belajar online untuk calon SPM

Tinggal kurang sebulan lagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan menduduki peperiksaan penuh mendebarkan itu.

Selepas beberapa kali ditunda kerana situasi tak terduga pandemik COVID-19 terutamanya, peperiksaan SPM akhirnya akan dilangsungkan di seluruh Malaysia bermula 22 Februari ini.

Benar penundaan yang berlaku itu sedikit sebanyak melunturkan emosi dan semangat bakal calonnya.

Keluhan golongan berkenaan di seluruh Malaysia yang terkesan didengari. Malah ia menjadi perhatian, perdebatan hangat dan topik perbualan ramai pihak kebelakangan ini.

Bagaimanapun pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar SPM dikenali dengan nama PTTI konsisten dan optimis menyahut seruan kerajaan sekali gus membantu ibu bapa serta pelajar mendepani kemelut ini.


Jenama yang sudah lima tahun membantu calon SPM mencapai keputusan cemerlang itu mengambil inisiatif dengan menawarkan secara percuma dan terhad kepada 10,000 calon SPM untuk menyertai gerak gempur terakhir menerusi seminar khas dalam talian secara percuma selama dua hari.

Seminar berkenaan diadakan sempena Sambutan Tahun Baru Cina pada 13 dan 14 Februari depan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih mesra disapa sebagai Cikgu Fana, 33, percaya usaha minit akhir ini dapat menyuntik semangat calon SPM.

Cikgu Fana

“PTTI percaya usaha ini dapat sedikit sebanyak membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan golongan ibu bapa yang masih menaruh harapan yang tinggi terhadap peperiksaan SPM anak mereka

“Dengan bangkitnya semangat calon SPM itu beserta dedikasi guru di PTTI, insyaAllah semua itu menjadi kunci terbaik dalam apa yang diharapkan. Malah dengan maklum balas dan kejayaan pelajar SPM sebelum ini yang dibantu PTTI, kami yakin usaha itu bukan sesuatu yang mustahil.

“Jadi segeralah mendapatkan 10,000 tiket percuma itu dengan melayari www.MampuSkorSPM.com atau hubungi hotline 012 808 2284,” kata Cikgu Fana.

Kata Cikgu Fana lagi, sejak Mac tahun lalu, mereka sudah menganjurkan seminar yang berjaya menghimpunkan sekitar 93000 pelajar tingkatan 4 dan calon SPM.

“Di sebalik isu berbangkit ketika ini iaitu masalah sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) untuk semua golongan pelajar, kami percaya akan ada solusi terbaik terhadap hal berbangkit itu.

“Lama kelamaan cara itu akan dapat dibiasakan. Malah saya lihat ibu bapa sendiri di luar sana mula risau apabila anak mereka ketinggalan dengan cara pembelajaran dalam talian termasuk PdPR) atas kekangan situasi semasa.

“Ironinya PTTI sudah berjaya membuktikan keberkesanan perkongsian ilmu dalam talian. Sejak tahun 2016 pun kami terus agresif. Bayangkan sejak awal penubuhan hinggalah kini, kami sudah membantu lebih 100,000 pelajar SPM memperoleh skor terbaik.

Tenaga pengajar PTTI

“Tidak semata mata secara interaktif di media sosial, penganjuran seminar yang dilaksanakan juga meraih perhatian ramai pelajar. Cuma apabila berdepan dengan pandemik ini, seminar pun kena dilakukan secara dalam talian,” katanya

Dalam pada itu, pada 23 Januari lalu, PTTI sempat menganjurkan seminar Mampu Skor SPM dengan menampilkan empat selebriti terkenal iaitu Mira Filzah, MK Clique, Caprice dan Sharifah Rose.

“Tugas golongan selebriti berkenaan yang kita akui memberi pengaruh dan contoh yang baik dianggap sebagai salah satu cabang suntikan semangat serta motivasi.

“Ironinya, empat artis itu mempunyai pencapaian hebat dan terbaik dalam pengajian mereka. PTTI juga percaya pendekatan sebegini dan diadunkan dengan elemen pendidikan secara interaktif dapat menarik minat pelajar.

“Kami juga turut bangga memperkenalkan MK K Clique sebagai duta baru PTTI pada tahun ini. Tugas sama dipikul Mira tahun lalu,” katanya -SM

(Visited 60 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button