
PTTI raikan kejayaan pelajar SPM 2024, tawar insentif khas RM500 pada pelajar Staright A serta lancar PEC, komited perkasa pendidikan negara
PTTI Group Sdn Bhd (PTTI) telah menganjurkan satu majlis penghargaan istimewa di Bangi Golf Resort semalam bagi meraikan kejayaan pelajar-pelajar mereka yang menunjukkan peningkatan cemerlang dalam keputusan SPM 2024.
Majlis ini bukan sahaja sebagai penghargaan kepada pelajar, malah menjadi platform untuk mengumumkan insentif khas sebanyak RM500 kepada pelajar PTTI yang berjaya memperoleh keputusan Straight A dalam peperiksaan SPM tahun ini.
Seramai 13,469 pelajar PTTI telah mencatat peningkatan prestasi yang membanggakan pada tahun ini. PTTI turut mensasarkan untuk melahirkan sekurang-kurangnya 1,000 pelajar Straight A, sebagai sebahagian daripada komitmen mereka dalam memperkasakan pendidikan negara.
Sepanjang tahun 2024, lebih daripada 179,000 pelajar di seluruh negara telah mendapat manfaat daripada pelbagai program dan kelas yang dianjurkan oleh PTTI. Program tersebut merangkumi kelas percuma, seminar, bimbingan akademik, serta program motivasi yang direka khas untuk membantu pelajar mencapai kecemerlangan akademik.
PTTI juga telah menjalankan lebih 300 siri School Tour ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia, selain mengadakan lebih 10 sesi Roadtour SPM PTTI di negeri-negeri terpilih. Usaha ini bertujuan memberi pendedahan dan motivasi kepada pelajar di seluruh negara agar lebih bersedia menghadapi peperiksaan SPM.
Pelajar yang berjaya memperoleh Straight A boleh melayari laman web rasmi PTTI di www.ptti.my untuk menuntut insentif RM500 atau mendapatkan konsultasi pendidikan percuma daripada PTTI Education Consultant (PEC). Ini merupakan salah satu inisiatif PTTI untuk terus menyokong kecemerlangan pelajar.
Bagi calon SPM Batch 08, PTTI turut melancarkan program Seminar Gelombang G ke Straight A PTTI yang berlangsung secara atas talian selama lima hari, bermula 24 hingga 28 April 2025. Tiket untuk seminar ini boleh didapati secara percuma melalui laman rasmi PTTI, membuktikan komitmen mereka dalam membantu pelajar secara berterusan.
Majlis penghargaan ini turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti terkenal tanah air, Nabila Razali dan Bella Astillah. Kehadiran mereka bukan sahaja menghiburkan, malah memberi suntikan inspirasi kepada para pelajar untuk terus berusaha mencapai kejayaan.
Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Puan Siti Farhana Abu Osman berkata, ramai ibu bapa ingin membantu anak-anak memahami subjek SPM tetapi tidak tahu cara yang betul. Beliau menegaskan bahawa pengalaman lebih 10 tahun PTTI dalam bidang pendidikan membolehkan mereka menyediakan platform yang tepat untuk membantu calon SPM, terutama apabila peperiksaan diawalkan pada tahun ini.
Beliau turut menyatakan harapan agar lebih ramai pelajar berjaya menukar gred Gagal ke Straight A pada tahun ini, sejajar dengan visi PTTI untuk melahirkan pelajar cemerlang yang mampu membanggakan keluarga dan negara.
Untuk maklumat lanjut mengenai program dan insentif yang ditawarkan, pelajar dan ibu bapa boleh melayari laman web rasmi PTTI atau menghubungi pasukan media PTTI bagi sebarang pertanyaan. – SM