JenayahRencah Hidup

11 tahun “mencuri air” akhirnya pemilik premis dipenjara 10 bulan

PENCURI air. Jangan ingat tindak tanduk ini tidak boleh dikesan oleh pihak berkuasa. Seperti kata pepatah, sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Begitu juga dengan seorang pemilik premis penyedia khidmat pendingin hawa kenderaan di Jejawi, Perlis.

Tertuduh telah dikesan “mencuri air” dengan cara melakukan sambungan bekalan air yang menyalahi undang-undang di premis perniagaannya.

Berdasarkan siaran media Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Cyberjaya, Mahkamah Sesyen Kangar telah menjatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan terhadap lelaki berkenaan pada 14 Disember lalu.

Hakim Musyiri Peet telah menjatuhkan hukuman itu setelah mengambil kira hujahan
pemberatan hukuman oleh Pegawai Pendakwa SPAN.

Tertuduh didapati secara menyalahi undang-undang telah melakukan sambungan terus
bekalan air tanpa meter ke paip air perkhidmatan (iaitu tetiang meter) dengan menggunakan paip mudah lentur berwarna putih bersaiz ½ inci.

Sambungan bekalan air secara menyalahi undang-undang itu telah dilakukan secara berterusan oleh tertuduh selama tempoh lebih kurang 11 tahun 7 bulan 4 hari (bermula 1 Disember 2009 hingga 4 September 2020), meskipun terdapat tindakan penguatkuasaan oleh Syarikat Air Perlis Sdn. Bhd. sepanjang tempoh tersebut.

Bekalan air tersebut adalah bagi kegunaan aktiviti-aktiviti harian premis perniagaan tertuduh yang menjalankan perniagaan membekal atau menjual penghawa dingin kereta, serta menjual atau membeli barang-barang dan alat ganti kereta.

Kesalahan ini adalah di bawah peruntukan Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) di mana jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum di bawah Seksyen 123 (3) dengan hukuman denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit (RM100,000) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya.

Kes pendakwaan SPAN ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran awam tentang kesalahan kecurian air dan penyambungan tidak sah sebagai salah satu usaha bagi mencegah kegiatan tidak
bertanggungjawab ini.

Aktiviti sedemikian juga dapat membantu dalam pengurangan kadar Air Tidak Berhasil (Non-Revenue Water –NRW) akibat daripada sambungan haram.

SPAN juga ingin memohon kerjasama orang awam untuk melaporkan kes-kes yang disyaki melakukan kecurian kepada SPAN secara Whatsapp ke talian o13 – 388 5000 atau e-mel ke [email protected]. – SM

BACA Cristina Suzanne dedah kegiatan mencuri guna kotak air mineral

Artikle Berkaitan :>

Netizen keliru antara sambal Khairul Aming dan Khairi, hampir serupa

(Visited 71 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button