Hiburan

Buat perbandingan ‘lockdown’ Australia dan Malaysia, Raja Ilya dikecam netizen

PELAKON yang pernah mendapat tawaran untuk berlakon di bawah francais filem Marvel, Raja Ilya dikecam netizen selepas membuat perbezaan ‘lockdown’ di antara Malaysia dan Australia.

Menerusi status di akaun Instagram miliknya, Raja Ilya memuat naik dua gambar perkahwinan satu di dalam negara dan satu lagi di Australia.

Gambar perkahwinan di Malaysia penuh dengan kehadiran orang ramai dan berbeza sekali dengan keadaan di Australia.

Raja Ilya turut membuat status yang memberitahu gambar tersebut adalah perbezaan cara pematuhan ‘lockdown’ di antara dua negara.

Ternyata, apa yang dilakukan pelakon wanita itu nampaknya telah mengundang rasa marah netizen

Rata-rata netizen menganggap apa yang dilakukan oleh Raya Ilya itu seakan memperlekeh usaha negara menyekang penularan Covid-19.

Netizen menganggap gambar yang dikongsi oleh Raja Ilya adalah gambar lama dan tidak tepat dengan situasi sekarang.

Namun, Raja Ilya memberitahu apa yang dilakukannya itu adalah sekadar gurauan sahaja dan gambar yang dimuat naik tidaklah menjelaskan situasi sebenar. -SM

(Visited 815 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button