fbpx
Nasional

PTPTN bermasalah, akan diganti dengan model baharu

PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merupakan satu model pembiayaan yang bermasalah dan tidak mapan serta perlu diganti dengan model baharu.

Untuk itu Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengumumkan satu jawatankuasa akan ditubuhkan bagi meneliti model baharu berkenaan hasil daripada sesi rundingan meja bulat membabitkan isu tersebut.

“PTPTN telah mengadakan sesi (seperti) perbincangan meja bulat, bengkel, mesyuarat dengan pelbagai pihak sejak Disember 2018 hingga Mac 2019. Pelbagai idea dan pandangan dibentang menerusi kertas konsultasi rakyat  yang dibuat pada 16 Mei hingga 13 Jun 2019.

“Hasil rundingan, didapati model PTPTN ini bermasalah dan tidak mapan. Oleh itu kementerian akan menubuhkan jawatankuasa untuk meneliti model baharu bagi menggantikannya,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat malam tadi

Berdasarkan kajian kata Maszlee, kebanyakan peminjam PTPTN masih dalam kategori B40 (68 peratus) dengan kira-kira 51 peratus peminjam mempunyai masalah untuk membuat bayaran balik.


“Kerajaan komited untuk membantu mereka, justeru PTPTN kini sedang membuat kajian untuk mengenal pasti faktor masalah pembayaran agar kita boleh bantu mereka dengan mekanisme yang lebih tepat,” katanya. – SM

.

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button