Bola SepakSukan

PSG Julang Trofi Ligue 1, Sasar Gelaran Trebel Musim Ini

PARIS – Paris Saint-Germain (PSG) secara rasmi menjuarai Ligue 1 musim ini selepas menewaskan Auxerre 3-1 dalam aksi terakhir liga di Parc des Princes awal pagi tadi.

Kemenangan itu menyaksikan PSG mengumpul 84 mata selepas 34 perlawanan, dengan jaringan dijaringkan oleh Khvicha Kvaratskhelia yang meledak dua gol, manakala satu lagi disumbangkan oleh kapten, Marquinhos.

Pengurus PSG, Luis Enrique menyifatkan kejayaan ini sebagai pembakar semangat untuk menghadapi dua lagi perlawanan penting — final Piala Perancis dan Liga Juara-Juara (UCL).

Beliau menegaskan bahawa pasukan perlu mengekalkan momentum dan mentaliti juara bagi merealisasikan impian memenangi trebel musim ini.

“Saya gembira dengan kemenangan ini kerana ia menaikkan moral pasukan. Sekarang fokus kami adalah untuk dua final yang akan datang. Kami mahu akhiri musim ini dengan penuh gemilang,” katanya.

Dengan trofi Ligue 1 kini dalam genggaman, PSG kini berada di landasan terbaik untuk menambah dua lagi kejuaraan dalam musim 2024/25.

Sumber : Refleks!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

shahrin

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button