GajetJual Beli

PS5 sudah boleh ditempah

Sony Interactive Entertainment (SIE) hari ini mengumumkan PlayStation 5 (PS5) yang dinanti-nantikan penggemar permainan video, secara rasmi akan dilancarkan di Malaysia pada 11 Disember depan.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik, PS5 akan tersedia pada harga RM1,869 bagi ‘edisi digital’ dan RM2,299 bagi Ultra HD Blu-Ray.

Pra tempahan bagi PS5 boleh dilakukan bermula esok di semua wakil jualan terpilih seluruh negara.

Secara global, PS5akan dilancarkan pada12 November di tujuh pasaran utama iaitu di Amerika Syarikat (AS), Kanada, Mexico, Australia, New Zealand, Jepun dan Korea Selatan.

Secara global, PS5akan dilancarkan pada12 November di tujuh pasaran utama iaitu di Amerika Syarikat (AS), Kanada, Mexico, Australia, New Zealand, Jepun dan Korea Selatan.

Ianya akan diteruskan pada 19 November melibatkan benua Eropah, Timur Tengah, Amerika Selatan, Asia dan Afrika Selatan.

Layari laman web SONY bagi mendapatkan maklumat lanjut secara jelas dan terperinci mengenai pelancaran PS5 di negara ini.

(Visited 242 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button