Politik

PRU15: KJ tak kisah Negeri Sembilan atau Lembah Klang

MENGAMBIL jalan terbuka untuk bertanding di mana-mana kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) nanti. Itulah yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (KJ).

Menantu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ini berkata, beliau ditawarkan kerusi untuk bertanding oleh ramai pemimpin tempatan namun keputusan itu terserah kepada pucuk pimpinan parti.

“Saya orang politik, bila diminta pergi ke mana-mana, saya pergi. Tidak kisah di mana-mana pun.

“Banyak kerusi ditawarkan kepada saya namun yang menawarkan adalah pemimpin tempatan. Yang membuat keputusan nanti adalah pucuk pimpinan parti,” katanya seperti Berita Harian hari ini.

 Tambah Khairy, “Negeri Sembilan atau Lembah Klang, saya terbuka.”


Media sebelum ini melaporkan, Khairy mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau yang disandangnya pada PRU14 lalu.

Kata Khairy yang juga Menteri Kesihatan, ia selepas beliau diminta memberikan laluan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat Hassan) yang berhasrat bertanding di kerusi itu.

Mengenai persiapan parti, Khairy berkata ia diserahkan kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan parti.

“Saya difahamkan petang ini ada mesyuarat Biro Politik UMNO dan semestinya agenda mesyuarat adalah dari segi persiapan dan pemilihan calon serta isu lain,” ujar beliau. – SM

(Visited 96 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button