Nasional

604 pelajar diploma ambilan Ogos UPSI perlu lonjak nama UPSI

UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris menyambut kehadiran 604 pelajar baharu diploma ambilan Ogos 2023 yang mendaftar di Dewan Kolej Ungku Omar, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City pada Ahad lalu.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin yang hadir pada hari pendaftaran mengalu-alukan  kehadiran semua pelajar diploma yang akan menjadi keluarga baharu UPSI.
“Saya berharap semua pelajar baharu diploma akan sama-sama  melonjakkan nama UPSI sebagai universiti pendidikan nombor satu di negara ini,” katanya.
TNC HEPA, Prof. Dr Norkhalid sedang membuat tinjauan semasa sesi pendaftaran diiringi Pengarah Program MILLENIA, Nur Atiqa Balqis Abdul Samad
Sejurus mendaftar, pelajar  baharu  menjalani Minggu Intelektual dan Interaksi Anak Kandung Suluh (MILLENIA) yang berlangsung dari 14 sehingga semalam.
Norkhalid berkata Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) menyediakan pelbagai slot berkaitan kebajikan, pilihan raya, penggunaan sistem portal pelajar termasuk bersama pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Prof Dr Norkhalid menyantuni pelajar dan keluarga mereka sebelum memasuki bilik di kolej kediaman.
Pada hari pendaftaran di Kolej Awang Had Salleh, Kampus Sultan Azlan Shah, Norkhalid bersama pegawai-pegawai di Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) turut menyamput kehadiran pelajar dan ibubapa masing-masing dari seluruh negara.
          Kesemua pelajar yang mendaftar ditempatkan di Kolej Awang Had Salleh yang memiliki kemudahan yang kondusif, malah kalangan ibu bapa pelajar yang ditemui meluahkan perasaan teruja dengan keluasan kampus dan kolej yang besar malah berpeluang  melihat  sendiri keadaan bilik yang disediakan.
“Saya berharap pelajar akan belajar dengan bersungguh-sungguh dan tidak mensia-siakan wang ringgit dan pengorbanan oleh ibu ayah dari pelbagai latar belakang.
Timbalan Pendaftar Kanan, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Pn Hajah Maskana  Haji Ahmad, yang turut mengiringi Timbalan Naib Canselor (HEPA) berharap agar semua pelajar baharu memanfaatkan kemudahan dan bantuan yang disediakan oleh UPSI di samping memastikan kebajikan pelajar dalam keadaan yang terjaga.
Prof. Dr Norkhalid (kanan) bersama Pn Hajah Maskana (kiri) sedang menyantuni pelajar diploma.
Pengarah Program MILLENIA, Nur Atiqa Balqis Abdul Samad merangkap Bendahari Kehormat Majlis Perwakilan Pelajar menyatakan harapan agar pelajar-pelajar diploma sentiasa mencari ruang dan peluang dalam mengembangkan bakat mengikut platform yang telah disediakan.
Katanya lagi, jiwa muda yang ada dalam diri pelajar-pelajar diploma mestilah berani mencuba dalam mencari pengalaman yang lebih meluas di alam universiti sekali gus akan n membentuk pribadi dan akhlak yang lebih cemerlang.
Bukan itu sahaja, pasukan Sekretriat Sukarelawan Siswa yang dikenali sebagai Rakan Millenia sebenarnya telah membuat persiapan selama satu bulan bagi memastikan kelancaran sesi pendaftaran ambilan Ogos diploma pada kali ini.
“Saya berharap supaya semua pelajar baharu akan sentiasa meneroka tempat-tempat menarik yang ada di UPSI termasuk di kawasan Muallim yang terkenal dengan kawasan sungai dan gunung-ganang yang cantik. – SM
(Visited 217 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button