Ekonomi

Bursa dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung

BURSA MALAYSIA dibuka rendah berikutan pengambilan untung pada saham wajaran tinggi terpilih berikutan kenaikan baru-baru ini.

Pada 9.20 pagi ini, penanda aras FBM KLCI telah jatuh 10.28 mata kepada 1,587.67 daripada 1,597.95 pada penutup Isnin. Indeks dibuka 0.02 mata lebih rendah pada 1,597.93.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 631 berbanding 381, manakala 568 kaunter tidak berubah, 730 tidak diniagakan dan 69 yang lain digantung. Jumlah dagangan berjumlah 699.78 juta bernilai RM259.54 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd, dalam kenyataan pagi ini kepada agensi berita berkata, indeks utama mungkin menyaksikan penyatuan sederhana dalam tempoh terdekat dengan dagangan tertumpu kepada sektor perbankan dan kepenggunaan apabila harga minyak mentah jatuh kepada sekitar AS$112 (kira-kira RM472.86) setong kerana kebimbangan yang semakin meningkat terhadap permintaan bahan api yang lebih lemah di China selepas lonjakan jangkitan Covid-19 mendorong pihak berkuasa untuk mengenakan langkah penutupan.

“Sementara itu, Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menjangkakan harga minyak sawit mentah kekal sekitar paras RM6,000 dalam beberapa bulan akan datang, didorong oleh konflik antara Ukraine dan Rusia yang belum ada jalan penyelesaian setakat hari ini,” katanya.

BURSA

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Malayan Banking Bhd (Maybank) naik dua sen kepada RM8.92, Petronas Chemicals Group Bhd menokok 10 sen kepada RM9.70, MISC Bhd meningkat lima sen kepada RM7.32, Public Bank Bhd turun satu sen kepada RM4.65 dan IHH Healthcare Bhd turun 17 sen kepada RM6.35.

Bagi saham aktif, CSH Alliance Bhd menokok 1.5 sen kepada 15.5 sen, Sapura Energy Bhd meningkat satu sen kepada empat sen, SMTrack Bhd dan BCM Alliance Bhd masing-masing tidak berubah pada lapan sen dan tiga sen, manakala Bintai Kinden Corp Bhd turun 1.5 sen kepada 14 sen.

Di papan indeks, FBM 70 susut 21.92 mata kepada 13,695.22, Indeks FBM Emas turun 57.93 mata kepada 11,350.36, Indeks FBM Emas Shariah susut 36.39 mata kepada 11,929.27 dan Indeks FBMT 1080 susut 8.90 mata, 90.90. kepada 5,610.14.

Dari segi sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.96 mata kepada 203.88, Indeks Perladangan ditolak 66.95 mata kepada 7,950.22 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 77.08 mata kepada 16,691.50. – SM

(Visited 105 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button