Nasional

Mayat lelaki ditemukan lemas di Empangan Bakun

SEORANG lelaki ditemukan lemas selepas dilaporkan hilang di Ulu Naha Nyabong, hulu Empangan Bakun di Belaga pada Selasa lalu.

Penduduk kampung menemukan mayat Heli Nyalong, 36, terapung pada pukul 9.40 malam tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, mayat mangsa terapung berhampiran perahunya yang hanyut.

Berdasarkan pemeriksaan di lokasi kejadian, mangsa dipercayai terjatuh selepas perahunya terlanggar pokok di empangan hidroelektrik berkenaan.Ads by

“Mayat mangsa yang berasal dari Uma Bakah, Sungai Asap di Belaga ditempatkan di rumah panjang sementara menunggu dibawa ke Hospital Nyabau di Bintulu.

“Mayat dibawa dari rumah panjang ke jeti Bakun pada pukul 6.30 pagi tadi bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga,” katanya.

Polis Belaga memaklumkan kehilangan mangsa kepada JBPM pada pukul 3.15 petang kelmarin.

Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat diaktifkan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Belaga yang turut dibantu lima anggota polis, tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam, dua anggota Lembaga Sungai Sarawak dan 46 penduduk kampung. – HARIAN METRO – SM

(Visited 203 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button