Nasional

PRU akan diputuskan Jawatankuasa Pengurusan Pandemik

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menegaskan kesesuaian untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) akan dinilai oleh Jawatankuasa Pengurusan Pandemik.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, jawatankuasa itu terdiri daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain agensi yang berkaitan.

“Jawatankuasa ini akan membuat penilaian risiko dan mengemukakan syor kepada Kerajaan sama ada sesuai atau sebaliknya untuk mengadakan PRU,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, UMNO mendesak supaya PRU diadakan sebelum suku pertama tahun ini berakhir.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO menggesa PRU-15 diadakan sebelum suku pertama tahun ini berakhir bagi membolehkan mandat baharu diserahkan kepada rakyat, namun tertakluk kepada keadaan Covid-19. -SM

(Visited 147 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button