Nasional

PRU-15: PKR Perlis umum barisan kepimpinan MPN 2022-2025

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) Perlis siap menyusun barisan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) 2020-2025  sebagai persediaan ke arah Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bagi mengukuhkan kepimpinan ini, Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad dilantik sebagai Timbalan Pengerusi MPN.

Ia diputuskan dalam mesyuarat MPN Perlis yang pertama, semalam.

Ketua Penerangan MPN Perlis, Nor Azam Karap berkata, ini selaras dengan arahan MPN Pusat supaya menyegerakan pelantikan MPN di negeri-negeri serta memastikan seluruh jentera PKR di peringkat negeri bersedia menghadapi PRU15.

“Pelantikan anggota MPN juga mencerminkan semangat inklusif dalam PKR di mana keanggotaan MPN terdiri daripada pelbagai kaum, gender, usia dan latar belakang pekerjaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nor Azam berkata, PKR Perlis percaya dan yakin bahawa dengan anggota MPN Perlis baharu di bawah pimpinan Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar yang dibantu Noor Amin akan dapat membawa perubahan dalam landskap politik di negeri ini.

Pelantikan Nurul Izzah sebagai Pengerusi MPN PKR Perlis adalah seperti yang diumumkan oleh Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 11 Ogos lalu.

Mohd Azam berkata, PKR Perlis percaya dengan gabungan dua tokoh muda ini serta dibantu oleh pimpinan yang lain akan membantu membawa pembaharuan politik di negeri ini.

Sekaligus, kata Nor Azam pihaknya berharap kali ini akan mampu menawan Perlis pada PRU-15. – SM

(Visited 478 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button