Politik

PRU-15 mungkin lima bulan lagi – Tok Mat

BARISAN Nasional (BN) digesa bersiap siaga untuk menghadapi pembubaran Parlimen yang dijangka berlaku dalam masa lima bulan akan datang.

Ini kerana kerajaan bukan diterajui oleh UMNO sebaliknya adalah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dikatakan tidak mempunyai jumlah kerusi yang banyak dalam Dewan Rakyat.

Malah, kedudukan itu juga menyebabkan kerajaan bersama BN yang dipanggil Perikatan Nasional (PN) itu berisiko ‘diserang hendap’ oleh pembangkang.

“Kita tidak tahu bila, kerana kerajaan ini bukan Perdana Menterinya kita, kita tidak tahu dan sentiasa sahaja kerajaan ini diancam nak diserang hendap.

“Bila Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15)? Terpulang kepada Perdana Menteri. Saya rasa snap election boleh jadi lima enam bulan, hujung tahun atau awal tahun depan.

BACA > Chini rintis projek pembuatan kertas — Suara Merdeka

“Ada pula yang rasa tak selesa. Saya nak bagi semangat kepada kepimpinan dan juga kepada semua jentera supaya bersiap sedia.”

Demikian kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam siri ceramah di Chini seperti dipetik portal MalaysiaGazette hari ini.

Ramalan ini merupakan kali kedua dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu selepas meminta kerajaan mengikut jejak langkah Singapura.

Terdahulu, beliau yang mesra dipanggil Tok Mat menasihatkan kerajaan PN supaya mengikut jejak langkah Singapura supaya membubarkan Parlimen.

“Malaysia tidak pernah berada dalam kedudukan politik yang sangat tidak stabil seperti ini sejak merdeka.

“Segala usaha untuk memulihkan ekonomi Malaysia, mencipta pekerjaan dan melonjakkan persaingan tidak akan berlaku tanpa kerajaan yang stabil dan Parlimen yang boleh berperanan melakukan semak dan imbang.

“Negara ini adalah sebuah demokrasi berparlimen. Kuasa sebenar ialah pada rakyat dan bukan pada sesiapa yang lain. Apatah lagi pada blok-blok yang dibentuk sesedap rasa mengikut keselesaan dan kemahuan ahli politik.

BACA > Dr. Adham terima kunjungan Duta Palestin, Walid Abu Ali — Suara Merdeka

“Oleh yang demikian, kembalikanlah kuasa tersebut kepada rakyat dan biarlah mereka yang menentukan jalan kehadapan bagi tanahair tercinta.

Katanya seperti dilaporkan Suara Merdeka pada 25 Jun lalu.

Bagaimanapun, beliau dinasihatkan supaya kembali kepada matlamat pembentukan kerajaan Perikatan Nasional.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Senator Tan Sri Dr. Rais Yatim, Tok Mat perlu bermuafakat secara elok agar kuasa yang ada dapat digenggam bersama.

“Takkan terus nak ikut Singapura dalam perjuangan Malaysia adinda Tok Mat. Faktor-faktor keutamaan negara, kewilayahan, capaian, ke di-rajaan, ekonomi dan lain-lain berbeda langsung

“Bersamalah dalam saf PN. Muafakat baik-baik biar kuasa sama digenggam. Jangan lupa siapa kita sebelum ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden Parti Bumiputera Perkasa (Putra) turut mempersoal tindakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu yang menggesa supaya Parlimen dibubarkan.

BACA > Hei Khalid, tanpa Wan Azizah, Anwar bertuah Dr.M jadi PM — Suara Merdeka

Menurut beliau, tiada jaminan keadaan politik akan kembali stabil kerana BN sendiri sudah tidak mempunyai majoriti dua pertiga sejak PRU-12 lagi. – SM

(Visited 121 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button