Auto TravelBerita Auto

PROTON X70 2022 hadir dengan enjin 1.5L turbo

PROTON semalam telah melancarkan X70 2022 dengan gaya diperbaharui dan pilihan baharu untuk pembeli yang mencari kenderaan utiliti sukan (SUV) menawarkan peningkatan prestasi dalam kecekapan bahan api.

SUV terlaris di Malaysia itu kini diperkenalkan dengan enjin suntikan terus 1.5L TGDi, pengecas turbo, alternatif kompak baharu kepada enjin 1.8L TDGi yang biasa.

Enjin suntikan terus 1.5L TGDi turbo PROTON X70 2022

Ia menawarkan lima varian iaitu 1.5 TGDi Standard 2WD pada harga bermula RM93,900, 1.5 TGDi Executive 2WD pada harga bermula RM105,500,

1.5 TGDi Executive AWD pada harga bermula RM111,300, 1.5 TGDi Premium 2WD pada harga bermula RM117,900 dan 1.8 TGDi Premium 2WD pada harga bermula RM121,800.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah, berkata Proton X70 adalah model yang mengekalkan kedudukannya sebagai SUV segmen C terlaris sejak dilancarkan.


“Lebih 70,000unit dijual dan hari ini, kami telah mengemaskini penggayaan dan enjin 1.5L TGDi untuk menawarkan lebih banyak pilihan kepada bakal pembeli.

Ruang dalaman PROTON X70 2022

“Ia menjanjikan tahap prestasi yang sama dengan varian 1.8L TGDi di samping peningkatan prestasi dalam kecekapan bahan api yang dapat memenuhi keinginan pelanggan kami untuk memiliki sebuah SUV yang bukan hanya menyerlah dalam prestasi, ciri dan tarikan estetik, tetapi juga mampu dimiliki dan dikendalikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Proton X70 2022 dilancarkan secara maya menerusi laman Facebook syarikat automotif itu, semalam.

Dikemaskini dengan teknologi dan inovasi enjin terkini, enjin 1.5L TGDi telah dikaji selama lima tahun dan membabitkan lebih dari 100 pakar utama dalam kerjasama global dan menjalani ujian lebih 12 juta kilometer dalam keadaan dan iklim yang paling ekstrem dan tertekan.

Paparan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) pada PROTON X70 2022

Enjin yang sangat dipercayai dan terbukti di pasaran itu telah merekodkan lebih 750,000 unit di jalan raya di seluruh dunia dan boleh didapati di 22 negara dengan cuaca dan keadaan jalan raya yang pelbagai.

Enjin 1.5L TGDi dibina di Tanjung Malim, di barisan pengeluaran baharu yang memenuhi piawaian kualiti yang ketat mandatori bagi salah satu enjin pemasangan tempatan paling canggih di Malaysia.

Selain daripada enjin, Proton X70 2022 juga menawarkan ciri yang dipertingkatkan untuk keselesaan pemandu dan penumpang serta rupa yang diperbaharui.

PROTON X70 2022

Ini juga termasuk kemasan hitam kuarza pada bampar hadapan dan belakang, roda aloi 19 inci baharu, pintu belakang berkuasa dengan sensor kaki dan tempat duduk kulit Nappa dengan lapisan utama hitam baharu.

Pilihan warna luaran untuk Proton X70 2022 adalah Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ruby Red, Cinnamon Brown dan Space Grey, ditawarkan mengikut varian yang dipilih.

Proton X70 2022 kini boleh didapati untuk tempahan dalam talian di PROTON online-booking dan di bilik pameran PROTON yang sah.

Baca artikel ini > Proton Saga 2022 dilengkapi dengan pembuka pintu but kawalan jauh

(Visited 429 times, 8 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button