Kemalangan

Lelaki maut tercampak ke dalam parit

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 26 Mei – Seorang tukang rumah warganegara Indonesia maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas
sebelum melanggar tiang lampu jalan di Jalan Solok Seberang, Jalan Air Hitam Pantai, Masjid Tanah, malam
tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supretendam Arshad Abu berkata, akibat kemalangan itu mangsa terhumban ke
dalam sebuah parit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba di
lokasi tersebut.

Menurutnya, mangsa yang dikenali sebagai Nasrudin, 49, yang menunggang motosikal Demax EX90 ketika kejadian menunggang seorang diri.

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 11.25 malam, mangsa ketika itu dalam perjalanan arah Padang Kambing
menghala ke Tanjung Bidara.

“Setibanya mangsa di tempat kejadian dipercayai hilang kawalan lalu melanggar tiang lampu jalan dan dia
terhumbang ke dalam parit berdekatan.

“Bantuan bomba digunakan untuk mengeluarkan mangsa dari dalam parit,” katanya di sini hari ini.

Arshad berkata, ketika kejadian keadaan jalan raya dua hala di lokasi kemalangan itu berada dalam keadaan
dan tidak hujan.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat dan
kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

(Visited 114 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button