Hiburan

Covid-19: Nur Fazura biarlah cerdik, bawa anak dine-in

SUDAH tahu takut, dine-in buat apa? Inilah kata generasi hari ini, tak boleh nak brain. Siap bawa anak lagi yang sah-sah baby dan tak divaksin.

Merisikokan anak atau orang lain, agak-agak kalau di luar negara, boleh dikenakan tindakan undang-undang. Mak bapa pula kalau di luar negara, merisikokan nyawa anak, bukan sahaja boleh dkenakan tindakan undang-undang bahkan hak penjagaan ke atas anak berkenaan ditarik.

Sehari dua ini, individu yang positif Covid-19 amat bersikap mementingkan diri sendiri. Tidak memaklumkan kepada rakan-rakan yang dirinya mempunyai simptom-simptom atau bergejala.

Nak kata otak letak di kepala lutut, bunyinya agak kasar tetapi apabila sikap tidak bertangungjawab, sengaja cuai, mementingkan diri sendiri, tidak menghargai nyawa orang lain, individu seperti ini sebenarnya wajib dikenakan tindakan.

Kalau pelakon Nur Fazura merasakan dia membawa anaknya dine-in di sebuah restoran atas alasan, dia merasakan keadaan pandemik Covid-19 pada ketika itu adalah ok, apakah takrifan ok padanya?

Sama ada bilik persendirian atau tidak di restoran berkenaan, dengan segala macam langkah keselamatan yang didakwanya diambil, itu bukanlah satu alasan yang boleh diterima pakai apabila dia merisikokan anaknya itu.

Apa gunanya dia mahu merasa gugup atau gementar ketika dine-in dengan anaknya dan uar-uarkan pula di media sosial melainkan mahu mencari perhatian netizen dan peminat.

Nak tengok berapa ribu yang like, berapa juta peminat yang sokong tindakannya itu.

Kalau dinyatakan sengaja mencari publisiti murahan, pastinya artis wanita ini akan melenting tetapi apakah bentuk pengajaran yang optimistik yang boleh dikongsi dengan khalayak atas sikapnya yang berani dine-in bawa anak di restoran? Sekadar ibu bapa hati-hati kalau bawa anak makan kat restoran? Itu sahajakah?

Mungkinkah sahaja dia mahu menjadikan anaknya sebagai guinea pig atau melihat sejauh manakah anak kecilnya itu kebal Covid-19? Wallahhualam.

Janganlah jadi bebal, walaupun Covid-19 kini endemik, kita perlu bijak berfikir dan bertindak. Membahayakan orang di sekeliling atas satu sikap yang menjengkelkan.

Covid-19 jangan dibawa main-main, tidak perlu nak diuji atau test kerana wabak Covid-19 ini boleh membawa maut. – SM

(Visited 551 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button