Mahkamah

Prosiding paling pendek: Saksi ke-86 banyak yang ‘tidak tahu, tidak pasti, tidak ingat!

Kes perbicaraan Ahmad Zahid

PROSIDING kes perbicaraan membabitkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini paling pendek.

Mahkamah terpaksa menghabiskan prosiding perbicaraan awal iaitu pada pukul 11 pagi kerana Ketua Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran tidak hadir ke mahkamah kerana tidak sihat.

Beliau sepatutnya hadir ke mahkamah dengan mengemukakan saksi pendakwa, Muralidharan Balan Pilai (Murali).

Kalau dihitung, barisan pendakwaan mempunyai lima Timbalan Pendakwa Raya yang bijaksana yang hadir di mahkamah hari ini.

Akan tetapi disebabkan oleh keuzuran Ketua Pendakwa Raya maka Murali tidak dipanggil selepas saksi yang ke-86, Premshangar Venugopal, 50, dari firma Lewis & Co disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Lee Keng Fatt.

Saksi ke-86 yang ditampilkan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bukanlah saksi ‘biasa-biasa’ kerana beliau adalah rakan kongsi Murali dalam Tetuan Lewis & Co.

Sebagai rakan kongsi, agak pelik apabila Premshangar memberi jawapan “tidak tahu, tidak pasti, tidak ingat”  kepada soalan balas yang dikemukakan oleh Ketua Peguam, Hisyam Teh Poh Teik.

Beliau juga mengatakan tidak mempunyai pengetahuan berkenaan dengan penglibatan Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh itu, berkenaan dengan perenggan 6 dalam kenyataan saksinya.

Beliau juga berkata, banyak menerima arahan dariapda rakan kongsinya, Murali tetapi tidak tahu apakah Lewis& Co pemegang amanah kepada Yayasan Akal Budi.

Beliau juga memberitahu mahkamah tidak terlibat dengan pengurusan cek-cek yang dimasukkan ke dalam akaun Lewis&Co kerana semua itu diuruskan sepenuhnya oleh Murali.

Premshangar juga mengatakan beliau tidak mempunyai pengetahuan berkaitan pengurusan dan arahan fail Yayasan Al-Falah di Lewis& Co kerana fail tersebut juga diurusakan oleh Murali.

Kata Presmshangar, beliau tidak pernah berurusan dengan Ahmad Zaidi secara langsung tetapi pernah pergi ke rumah bekas Timbalan Perdana Menteri di Country Heights, Kajang.

Apabila beliau disoal oleh Hisyam sama ada semua wang yang dimasukkan ke dalam akaun Lewis&Co adalah milik Yayasan Akal Budi atau milik Yayasan Al-Falah?

Premshangar teragak-agak untuk menjawab, diam sejenak, tidak begitu pasti tetapi mengaku, beliau hanya tahu ada fail mengenai Yayasan Al-Falah.

Dalam pemeriksaan balas seterusnya, ketika perbincangan di antara rakan kongsinya, Murali dengan Ahmad Zahid di kediaman Ahmad Zahid, adakah beliau diberitahu tentang akaun simpanan tetap adalah kepunyaan Yayasan Akal Budi, Premshangar berkata, “tidak pasti dan tidak tahu.”

Saksi itu bagaimanapun bersetuju dengan cadangan peguam bahawa bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi pelanggan-pelanggan Lewis&Co membuka akaun Simpanan Tetap (Fixed Deposit).

Perbicaran bersambung esok. – SM

(Visited 187 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button