Politik

Apa pengumuman penting Nazri Aziz esok?

SEJAK tidak jadi menteri jarang sekali Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memanggi media untuk melakukan sidang akhbar.

Bagaimanapun hari ini media menerima jemputan daripada bekas menteri di Jabatan Perdana itu yang akan melakukan sidang akhbar pada pukul 2 petang esok di Pusat Dagangan Dunia Putra yang menempatkan ibu pejabat parti UMNO.

Jemputan media itu dibuat oleh Pegawai Khas beliau, Datuk Suzana Akmam Amir

“Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz akan mengadakan sidang media pada ketetapan berikut.

“Sehubungan itu, rakan media adalah dijemput hadir untuk membuat liputan ke sidang media berkenaan.

“Pihak media diminta mematuhi SOP Kementerian Kesihatan Malaysia dan memakai pelitup muka (facemask) sepanjang berada di bangunan PWTC,” kata Suzana.

Jemputan yang diedarkan kepada media itu bagaimanapun tidak menyatakan agenda sidang media tersebut.

Dua hari lalu bekas ahli majlis tertinggi (MT) UMNO itu menyatakan sokongan terhadap cadangan supaya UMNO keluar secepatnya meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Lebih lama kita tinggal (bersama PN) ia akan sukar untuk kita nanti dan hari-hari dia akan curi ahli kita […] Kita kena keluar secepatnya,” katanya ketika ditemui pemberita di sebuah restoran di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sabtu lalu, Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan membuat pengumuman menarik diri daripada menyokong kerajaan PN.

Kerajaan Perikatan Nasional ketika ini mempunyai majoriti yang goyah selepas hanya dianggotai 110 Ahli Parlimen.-SM

(Visited 1,146 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button