MahkamahNasional

Prosiding komital, nasib Lokman Noor Adam diketahui 15 Julai

NASIB bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menetapkan 15 Julai depan untuk membuat keputusan sama ada dia atas dakwaan menghina mahkamah kerana mengugut saksi dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Razak.

Saksi itu ialah bekas pegawai khas Najib, Amhari Efendi Nazaruddin yang juga saksi utama dalam kes tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam ketika dihubungi hari ini berkata, tarikh baharu itu ditetapkan selepas mahkamah melapangkan tarikh asal keputusan iaitu semalam susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh ketika ini.

“Pihak-Pihak telah dimaklumkan melalui e-mel,” katanya.

Hakim Collin Lawrence Sequerah akan memberikan keputusan itu.


Pada 22 Oktober 2019, Sequerah telah memberi kebenaran kepada Peguam Negara yang pada ketika itu ialah Tommy Thomas untuk memulakan prosiding komital terhadap Lokman kerana tindakan responden yang didakwa menghina mahkamah sebanyak dua kali pada 25 September 2019.

Pada 14 Januari 2020, Sequerah telah menolak permohonan Lokman untuk mengenepikan kebenaran yang diperoleh Thomas dan responden juga gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Thomas yang dilantik sebagai Peguam Negara pada 4 Jun 2018 oleh perdana menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi tempoh dua tahun menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum mengambil keputusan meletak jawatan pada 29 Februari 2020, telah memulakan prosiding komital terhadap Lokman dan memohon perintah agar responden dipenjara atau didenda atas tindakannya menghina mahkamah.

Menurut Thomas, pada 25 September 2019, Lokman dalam satu temu bual telah mengeluarkan perkataan berbaur ancaman atau ugutan terhadap Amhari Efendi kerana memberi keterangan pada perbicaraan bekas perdana menteri itu di mahkamah tinggi.

Thomas berkata, pada hari sama, Lokman telah membuat laporan polis terhadap Amhari Efendi yang merupakan saksi pendakwaan kelapan, berhubung keterangan saksi pada perbicaraan tersebut.

Katanya, matlamat atau tujuan tindakan responden itu ialah untuk mengganggu dan menakut-nakutkan Amhari Efendi, saksi lain dan mana-mana saksi berpotensi untuk tampil memberi keterangan terhadap Najib dalam perbicaraan kes 1MDB. – FMT – SM

(Visited 43 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button