Jenayahpilihan

Proses Visa Furada Tidak Pernah Berlaku, Datuk Ain Selalu Ditangkap & Terlepas!

Kisah hampir 400 jemaah haji diperdaya bakal menunaikan haji mengguna Visa Furada terus hangat dibincangkan masyarakat hari ini.

Berikut adalah perkongsian daripada pengguna Facebook, Akak Gojes mengenai modus operandi UC Travel Sdn. Bhd. yang didalangi Datuk Ain.

UC Travel SDN BHD satu company yg di bwh nya ada agent agent yang mempromosikan pakej haji drpd company UC Travel SDN BHD.

Harga berbeza beza, ada yang satu kepala 16K, 29K, 35K, 40K, 45K

Tapi paling ramai directly dengan UC Travel SDN BHD and buat fully payment

Bila mana CEO UC Travel SDN BHD ditangkap, hp nya dirampas, segala bukti chat perbualan antara Haji Agus & Dato Ain (funder) ni kantoi berpakat ”Scam “ duit para jemaah haji, jumlah anggaran kerugian 22juta, dan sebenar benar nya proses Visa Furada para jemaah haji selama ini langsung tidak pernah berlaku.

Passport 4++ para jemaah haji dipulangkan anggaran jam 1.45 pagi, 8.7.2022 di hantar melalui lalamove rider ke Polis KLIA, and kalau kita buka Passport nya mmg langsung tak ada kesan di buka untuk di uruskan visa

Peluang untuk mendapat kan duit kembali sangat tipis, andai tertangkap peluang utk lepas sangat tinggi sebab nya Dato Ain ni ” SCAMMER “ paling besar berulang kali modus operandi yang sama, tertangkap & lepas, kes kebanyakkan jenayah komersial

Manusia yang paling kejam, wanita yg menggunakan nama terkini ” Tan Sri “ aka Dato Ain Hari Jumaat yg mulia ini, moga Dato Ain mendapat balasan yg berat daripada Allah SWT

Para Jemaah ni bukan dlm kalangan org2 kaya, ada yg meminjam, bergolok bergadai, keluarkan segala simpanan, korban harta, jiwa, masa & tenaga

Ada jemaah yang bersidai daripada hari Sabtu sampai pagi tadi 8.7.2022 Moga Allah SWT terima mereka semua sebagai tetamu nya kerana niat mereka semua

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, kasihi mereka para jemaah semua, angkat la doa doa mereka, berilah pengadilan buat ibu ayah, pak cik makcik kakak abang ini, lapangkan dada mereka, permudahkan urusan kehidupan mereka, limpahi mereka rezeki yang melimpah ruah selepas ini, gantikan rezeki yg lebih berganda, rezeki yg lebih baik, pilih la mereka lagi Ya Allah menjadi tetamu mu, jadikan mereka tetamu haji mabrur, Aamiin Aamiin aamin ya rabbal alaamiin Ya mujib 😭

Kredit : Akak Gojes

(Visited 7,385 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button