Nasionalpilihan

Najib sokong siapa?

SELEPAS Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan para pemimpin UMNO yang lain berhubung dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memperolehi majoriti sokongan wakil rakyat untuk membentuk kerajaan, kini mata tertumpu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika para pemimpin lain menafikan para pemimpin UMNO menyokong Anwar, Ahmad Zahid menyatakan tidak menghalang pemimpin parti berkenaan menyokong Anwar.

Ketika umum menantikan pendirian UMNO berkaitan usaha pembentukan kerajaan baru oleh Anwar, sokongan Najib Razak masih belum jelas ke arah mana.

Di media sosialnya, bekas presiden UMNO yang masih berpengaruh itu masih belum menunjukkan pendirian jelasnya.

Bagaimanapun, sesuai dengan imej lucunya di Facebook, Najib hari ini sempat mengusik pengguna maya dengan memuat naik gambar dia sedang membeli makanan ringan Super Ring.

Time (masa) macam ini kena pasti bekalan stok cukup,” tulisnya sambil menyertakan gambar pembelian di kaunter.

Najib terkenal dengan sindiran maya menggunakan imej sedang makan snek kegemaran rakyat Malaysia ini.

Beberapa pemimpin UMNO hari ini telah menyatakan komitmen mereka terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Presidennya sendiri Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun tampil dengan kenyataan lunak dengan berkata tidak dapat menghalang ahli-ahli parlimen yang mengambil keputusan untuk menyokong Anwar.

Zahid malah berkata dia menghormati pendirian itu dan mengaku dimaklumkan ramai ahli-ahli parlimen UMNO dan BN yang telah menyatakan sokongan pada Anwar.

(Visited 293 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button