Belang Bertempat

Kredibiliti dan aura kuat PM Anwar, negara jiran berputih mata!

REPUTASI bukan sandaran sebaliknya kredibiliti yang ada pada Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim menerajui Kerajaan Perpaduan hari ini telah berjaya menggamit Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX, Elon Musk untuk memilih Malaysia sebagai ibu pejabat syarikat bernilai berbilion-bilion ringgit itu di rantau Asia Tenggara.

Kebijaksanaan Perdana Menteri Anwar dalam runding bicara yang diadakan kurang lebih dua minggu lalu membuatkan Musk mengalih ‘kiblat’ ke arah Malaysia dalam pengembangan industri bateri berasaskan nikel dan kenderaan elektrik (EV) yang menjadi ‘makanan’ Musk.

Pertemuan melalui persidangan video Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX, Elon Musk yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Inc. – GAMBAR FACEBOOK

Kejayaan Anwar menggamit Musk supaya bersetuju memilih Malaysia sebagai ibu pejabat SpaceX tidak ada kena mengena dengan penolakan yang dibuat oleh usahawan bertaraf bilionair itu terhadap negara jiran.

Walaupun perbincangan di antara Musk dengan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Luhut Panjaitan telah diadakan namun segala-galanya menjadi sepi umpama upacara NYEPI DI BALI.

Mungkin penantian penuh harapan sehingga akhir tahun 2022 oleh Indonesia terjawab penuh kejutan apabila dengan kebijaksanaan Perdana Menteri Anwar, syarikat auto Tesla Musk bersetuju menubuhkan pejabat serantau dan pusat servisnya di Selangor.

Tabik spring ke atas Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 ini apabila dalam tempoh 25 minit pertemuan secara maya diadakan, Malaysia menjadi pilihan Musk sebagai laluan baharu dalam industri tenaga bersih.

Perdana Menteri Anwar bukan sahaja petah berpidato atau membuat pengucapan awam yang menarik perhatian rakyat Malaysia Madani tetapi kejayaan beliau sebagai pemimpin selepas lapan bulan kerajaan perpaduan ditubuhkan bukanlah kaleng-kaleng.

Memetik kata-kata Anwar, Malaysia akan terus memperkasakan komitmen dalam soal pelepasan karbon sifar bersih atau ‘net-zero emissions’ seawal-awalnya pada tahun 2050.

Malaysia mempunyai pelan dan ekosistem komprehensif serta sumber berdaya saing dalam menyokong industri tenaga bersih termasuk mobiliti elektrik.

Ketika era Tan Sri Annuar Musa menjadi Menteri Komunikasi dan Digital, memukul canang tentang capaian internet 5G yang hanya nampak pencawangnya sahaja, Perdana Menteri Anwar pula berjaya dengan penuh gaya menarik syarikat SpaceX dalam perkhidmatan satelit Starlink yang dapat menyumbang kepada capaian internet lebih laju dan meluas terutamanya di kawasan pedalaman.

Benar kata Anwar, ia memerlukan infrastruktur fizikal dan tanah yang minima bagi meningkatkan rangkaian internet global.

Inisiatif ini akan meningkatkan keupayaan dan kesejahteraan rakyat Malaysia Madani terutamanya daripada aspek pendidikan dan potensi teknologi pertanian serta penjanaan pendapatan.

Dalam rasa penuh kepedihan di atas kejayaan Anwar membuat perhitungan dengan Musk, Indonesia masih menaruh harapan agar Musk melihat Indonesia sebagai sumber masa depan yang semakin meningkat bagi bateri EV atau komponen lain yang diperoleh daripada pemprosesan sumber kaya nikel, kobalt dan tembaga. Apapun, atas kebijaksanaan Perdana Menteri Anwar, Malaysia sebagai pasaran runcit yang berpotensi berkembang pesat di mata Elon Musk!  – SM

BACA Anwar alu-alukan kedatangan Elon Musk ke Malaysia

 

 

(Visited 657 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button