Politik

Sanusi jeneral perang yang dipandang rendah lawan

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Sanusi pernah berulang kali sebut dalam siri kempennya di setiap parlimen di Kedah dengan penegasan akan tapau semua 15 kerusi parlimen di Kedah dengan ungkapan “Satu pun aku tarak nak bagi kat hangpa aihh!”

2) Ramai yang memandang remeh terhadap keyakinan Sanusi, samada daripada BN mahu pun PH. Gaya ucapannya nampak seakan berseloroh dan melawak kasar. Tetapi sebenarnya ia telahpun disokong dengan data dan kajian yang dibuat oleh team culaannya yang mengkaji dan menganalisa pergerakan pola pengundi dari semasa ke semasa.

3) Penegasan untuk memenangi semua kerusi parlimen di Kedah bertitik tolak daripada kegagalan persepakatan antara PAS dan UMNO apabila UMNO pusat memutuskan untuk bergerak solo bersama BN. Akhirnya keyakinan untuk meraih kesemua 15 kerusi parlimen di Kedah hampir tercapai. Hanya Sungai Petani sahaja terkandas.

4) Begitu juga ketika pilihanraya parlimen Padang Serai, Sanusi dengan yakin berucap pada ceramah grand finale bahawa dia telah mengira undi BN jika dicampur dengan undi PH sekalipun tidak akan dapat menewaskan undi kepada PN di Padang Serai. Dan keputusan pilihanraya Padang Serai membuktikan analisanya tepat.

5) Selepas ini, lawan-lawan politik Sanusi harus berwaspada dengan strategi dan analisa yang digarap oleh Sanusi dan teamnya. Disebalik sikap kekampungan-nya yang digelar badut oleh sesetengah lawan politiknya, dia telah membuktikan kemampuannya mengembeling jentera PAS dan PN yang padu, serta diminati oleh anak muda yang menjadi pengundi baharu untuk PRU15 ini.

6) Kita boleh terus memperlekeh Sanusi. Tetapi lawan yang bijak, atau strategis yang tajam, tidak akan memandang remeh gaya politik Sanusi. Cybertruper yang noob sahaja duk perlekeh, biar ke dia. Itu yang Sanusi mahukan. Dia akan buat benda yang musuh lihat macam badut, tetapi sebenarnya dia sedang susun sesuatu yang besar dan berstrategi.

(Visited 974 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button